Kampung Siasai Jaya

80% penduduk kat Kampung di Kota Belud ini pandai buat parang. Hebat kan?

Anggaran Masa Utk Aktiviti
1-2 jam
Harga Tiket
Percuma
Jarak Dari Kota Kinabalu
80 km / 1 jam 45 min
Lokasi
Kampung Siasai, Kota Belud, Sabah

PARANG

Industri Desa

Kalau anda memang suka seni beladiri, barang tradisional dan juga memang orang yang rajin turun melapah waktu raya haji, Kampung Siasai ini tempat wajib pergi.

Kat sini, hampir kesemua orang Kampung yang orang-orang yang handal membuat parang dan pisau Bajau.

Anak-anak mereka sudah bermula belajar cara membuat parang dari umur 12 tahun lagi.

Jangan terkejut kalau bengkel membuat pisau ada di hampir setiap rumah.

Stylish And Stretchy

Sweet On The Planet

PARANG BAJAU

Motif Borneo

Kalau pisau moden yang anda ada ringkas sahaja buatannya, yang disini berukir dengan ukiran kayu yang cantik.

Motif ukiran yang ada pada pisau dan parang di sini adalah motif ukiran tradisi Borneo.

Anda akan dapat lihat motif kesenian ini pada ulu, sarung atau juga besinya.

Kehebatan orang-orang Kampung Siasai Jaya ini memang diiktiraf.

Sampai ada yang kata ikon di Kota Belud ini tak lain ialah parang Bajau.

Berapa lama kampung ini boleh bertahan dengan kraf ini tak kami pasti.

Oleh kerana kraf tradisi ini tak banyak dipromosi dan kegunaan pisau sebegini tak lagi seperti zaman tradisi, pakar-pakar ini mungkin hilang satu hari nanti.