Kalau anda mahu main masak-masak, dan nak merasa steamboat dan grill kayu arang, jom singgah sini.
Tempat selesa, milik orang Islam, boleh duduk di kerusi, boleh bersila. Aduhai, pendek kata memang sesuai sangat untuk semua.
Yang seronoknya, kalau anda dah muak dengan steamboat, boleh pula grill kambing madu. Dan macam biasa, air dan aiskrim free flow, jadi semua orang boleh makan puas-puas.
Sebab tempat ini popular, tempah dulu ya. Takut datang perut lapar, tapi kerusi kosong dah tak ada.
Waktu Operasi
Kapten Steamboat ini dibuka dari tengah hari ke malam. Cuma kalau Jumaat, lewat, pukul 4 ke atas. Harga untuk dewasa dari RM 32.
JomJalan Seluruh JB
Senarai tempat menarik di JB
Hotel terbaik pilihan kami
Promo hotel, tarikan Johor
Layan kedai makan sedap JB