Kawah Putih Ciwidey - tarikan alam di bandung indonesia

Kawah Putih Ciwidey

Terletak 2.5 jam dari kota Bandung, Kawah Putih Ciwidey adalah adalah tasik semulajadi yang muncul akibat letusan Gunung Berapi Patuha.

Dikatakan datang dari nama ‘Pak Tua’, gunung Patuha ini pada masa dahulu merupakan kawasan larangan menyeramkan yang dikatakan berhantu dan tidak berani dimasuki oleh penduduk. Haiwan seperti burung yang terbang di atasnya dikatakan boleh mati tiba-tiba.

Kawah Putih Sewaktu Penjajahan

Misteri kawah Putih hanya terjawab pada tahun 1837 apabila seorang botanis Belanda bernama Dr. Franz Wilhelm Junghuhn masuk ke kawasan tersebut dan menemui sebuah danau yang merupakan tempat letusan lava gunung berapi beserta belerang.

Belerang inilah yang menyebabkan haiwan dan burung-burung tidak mahu masuk ke kawasan ini.

Sewaktu dijajah Belanda dan Jepun, kawah ini merupakan kawasan pengumpulan sulfur yang penting buat kedua-dua kuasa tersebut.

Suasana Kawah Putih

Yang menariknya, tasik yang cukup luas ini mempunyai air berwarna putih kehijauan dan dikelilingi tanah bercampur belerang.

Warna ini terhasil hasil dari campuran batu kapur dan belerang, dan warna air ini dikatakan bakal berubah-ubah mengikut suhu udara dan cuaca. Di dalam suhu yang sejuk ( 8 – 22 Celcius) tasik dengan air yang tenang ini cukup memukau dan seakan sebuah tasik misteri, ditambah pula dengan iringan alat muzik tradisi dari pemuzik tempatan.

Di sini, anda sukar menemui binatang hidup kecuali beberapa spesis burung hantu. Oleh kerana suasananya yang pelik, putih dan luas, kawasan ini sering menjadi tempat tumpuan pengantin mengadakan photo-shoot dan pengunjung luar melihat fenomena alam yang sukar dijumpai di tempat lain di Asia Tenggara.

Oleh kerana kedudukannya yang agak jauh dari Bandung, anda dinasihatkan agar tidak memandu sendiri ke sini tetapi sebaliknya menggunakan khidmat tourist guide agar tidak bermasalah mencarinya.

Selain itu, dengan khidmat pemandu, anda juga mungkin di bawa ke tempat lain seperti kawasan strawberry, kolam air panas atau ke danau di bawah gunung Patuha yang mempunyai sebuah kawasan yang dipanggil Pulau Cinta.

Keselamatan

Oleh kerana gas sulfur tidak baik untuk kesihatan, anda dinasihatkan tidak tinggal melebihi 15 minit sewaktu di sini.

Harga Tiket

Warganegara luar : Rp[currency base=”IDR”]30000[/currency]
Kos Parking Kenderan 4 roda : Rp[currency base=”IDR”]150000[/currency]

Waktu Operasi

7 pg – 5 ptg

Kredit : Chen Wu, Betari Ratih

Jomjalan