Kelip Kelip Kuala Selangor

RM60.00

(6 review)

Nak tengok tarikan macam magic? Jom layan kelip-kelip.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
20 – 30 min
Harga Tiket
Harga tiket bermula dari RM 60 utk 1 bot yg boleh memuatkan 4 orang (warganegara)
Jarak dari KL
63 km / 1 jam 15 min
Lokasi
Kelip Kelip Kuala Selangor, Kuala Selangor

Add to Cart
kelip kelip kuala selangor
Kelip Kelip Kuala Selangor
RM60.00

DI TEBING SUNGAI

Pokok Berembang

Kat tebing sungai Kuala Selangor ada banyak pokok berembang.

Dan pokok ini tempat favourite kelip-kelip.

Untuk anda yang tak pernah tengok kelip-kelip seumur hidup, ini antara lokasinya yang boleh anda datang untuk tengok sendiri kumpulannya kat Semenanjung ini.

kelip kelip kuala selangor

kelip kelip kuala selangor

HABITAT KELIP KELIP

Dunia Magika

Bukan apa, tengok kelip-kelip, terasa macam magic.

Dan kena datang sebab pemandangan ini mungkin tak kekal lama.

Bila kawasan bandar makin dibangunkan, spesies kelip bakal hilang dari habitatnya.

Tiket Kelip-Kelip Kuala Selangor

Harga Promo

Tiket Promo Online
Kadar Diskaun
10 %Tempah

Harga Pakej

Harga Pakej (RM)WarganegaraPelancong
1 Bot (4 orang)60100
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 11 Feb 2025

Lokasi

Kat Kuala Selangor ini, lokasi nak tengok kelip-kelip ada 3. Kesemuanya tak jauh dari satu sama lain.

Dan semuanya akan ke destinasi yang sama, iaitu kawasan Sungai Selangor.

Pilih saja yang sesuai dengan anda.

Kg Kuantan

Tempat yang dipanggil Firefly Kuala Selangor ini dikelolakan Majlis Bandaran. Ia kat Kampung Kuantan.

Kalau anda cuma nak tengok kelip-kelip, kat sini antara lokasi ambil trip yang utama.

Dan anda akan naik sampan. Kat sini anda tempah 1 sampan (maksima 4 dewasa).

Harga utk satu sampan ialah RM 60 (terakhir kami semak pada Okt 2021).

Pasir Penambang

Untuk yang datang solo atau berdua, boleh ambil trip kelip-kelip kat pekan Pasir Penambang.

Sebab tiket dikira untuk setiap satu kepala.

Yang bagusnya lagi, dari jeti yang sama, anda boleh ambil pakej Blue Tears, Eagle Feeding dan Kelip Kelip, atau juga ke ke Sky Mirror Selangor.

Syarikat penganjur yang terkenal di sini ialah Skymirror Funlife dan Skymirror World.

Selalunya mereka akan gunakan speedbot.

Resort

Bagi anda yang datang dengan keluarga, dan mahu menginap selepas trip kelip-kelip, ini pula resort tepi sungai yang siap dengan tempat tidur dan pool.

Lepas trip, boleh terus rehat kat chalet anda.

Kat sini mereka selalu gunakan bot kuasa elektrik.

Tempoh

Trip anda selalunya dalam 20 – 25 minit.

Waktu mula trip bergantung kepada lokasi anda.

Tapi secara amnya ia bermula seawal 6:45 petang.

Tips Pengunjung

  • Kalau hari hujan, koloni kelip-kelip kurang. Jadi tak sesuailah datang masa musim hujan atau tengkujuh.
  • Siapkan spray atau gelang anti nyamuk kalau kulit anda sensitif.
  • Bawa beg kalis air untuk phone dan kamera anda.

Tentang Kelip-Kelip

Kelip-kelip ada banyak jenis. Kat sini kebanyakannya dari spesies Pteroptyx tener.

Kelip-kelip ini yang jantannya akan keluarkan lampu untuk memikat yang betina. Tapi lampu yang terpancar dari bahagian perutnya syncronised.

Maksudnya sekumpulan jantan akan memancarkannya sama-sama.

Jadi akan nampak macam lampu Krismas di tebing sungai.

Disebabkan lampu yang terpancar ini sync, ada juga yang menggelar spesies ini sebagai magical fireflies.

6 review utk Kelip Kelip Kuala Selangor

4.8
Berdasarkan 6 review
5 bintang
83
83%
4 bintang
16
16%
3 bintang
0%
2 bintang
0%
1 bintang
0%
1-5 dari 6 review
  1. datang beli ticket je kat machine lebih murah. kat machine 1 sampan cuma rm45, masukkan nombor ic dan bayar je pakai ewallet. senang. parking pun senang. saya datang subtu pukul 845pm, tak yah beratur pun. ada bagi life jacket, jadi tak yah risau.

    (0) (0)
  2. Nyaman, aman, tenang dan sangat cantik. Terima kasih pakcik mengajarkan tentang keindahan kelip kelip. Ingatkan dapat pergi dengan arif saya tapi tiada rezeki 🙁 btw rindu awak.

    (0) (0)
  3. Best. Tapi masa pergi haritu bulan cerah. So kelip2 tak banyak. 😔 Harga tiket sampan Rm60 untuk 4 org. Saya pergi dengan husband.

    Nasib ada terjumpa couple yg nak naik dua org je sampan tu. So, kiteorg bayar kat couple tu je la. Btw kaunter tiket bukak 7:45, sempat solat dulu kat masjid sebelah. 🫶🏻

    (0) (0)
  4. Cantik sangat. Cuma kelip kelip tak sebnyak macam tahun 2014 dulu. Agak seram skit sebab gelap dan sunyi waktu malam. Haha

    (0) (0)
  5. Kelip2 sikit je, concentrated kat beberapa pokok. Mungkin sebab pemanasan global🥲🥲

    Experience felt like 10mins river cruise with no view je sebenarnya hahah. Harga tiket macam a bit overprice

    (0) (0)
Masukkan ulasan
Kelip Kelip Kuala Selangor Kelip Kelip Kuala Selangor
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)