Kellie’s Castle

RM8.00

Bangunan milik pemilik ladang Scotland bernama William Kellie di Batu Gajah ini adalah rumah agam bersejarah yang penuh dengan misteri.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
45 – 90 min
Harga Tiket
Harga tiket adalah RM 8 dewasa dan RM 6 kanak-kanak (warganegara Msia)
Lokasi
Kellie’s Castle, 31000 Batu Gajah, Perak

Add to Cart
kellies castle aerial
Kellie’s Castle
RM8.00

MAHLIGAI

Atas Bukit

Dibina pada 1909 di kawasan bukit, rumah yang cukup luas ini dibina oleh tuan tanahnya, bernama Kellie dengan menggunakan buruh India — termasuk pakar seni yang di bawa khas dari India Selatan.

Rumah ini jauh mendahului rumah-rumah agam mewah lain di Malaya.

Sewaktu dibina, ia bukan sahaja menjadi buah mulut pembesar Melayu, tapi juga turut mendapat perhatian sampai ke luar negara.

kellie’s castle

kellie’s castle

BESAR BERTINGKAT

Gah Seluruh Malaya

Kellie mahu memastikan rumah ini bukan sekadar sebuah rumah biasa.

Jadi ia ada bilik khas untuk menyimpan arak dan kain linen, kawasan khas untuk memasak, rumah pembantu dan dilengkapi juga dengan kandang kuda.

Rumah ini juga ada ruang bermain tenis di atas bumbung dan kawasan untuk pembinaan lif pertama di Malaya.

SENIBINA BIJAK

Utk Cuaca Tropika

Gahnya rumah ini menyebabkan surat khabar the London Financier juga menulis mengenai projek pembinaannya.

Bila anda ke sini, anda juga bakal melihat bagaimana rumah ini dibina dengan mengambil kira cuaca Malaya yang panas.

Walaupun kawasan di luar terik, anda akan cukup selesa di kawasan dalam rumah ini kerana adanya lubang angin yang banyak.

kellie’s castle

Tiket Kellie's Castle

Harga Tiket Walk-In

Harga Tiket (RM)DewasaKanak2
Warganegara86
Pelancong Asing108
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 14 Feb 2025

Keselamatan

Walaupun rumah ini hebat, Kellie sebenarnya takut kalau-kalau orang Melayu sekitar memberontak satu hari nanti.

Jadi selain lokasinya dibina di atas bukit, bilik-bilik ahli keluarga Kellie juga ada laluan rahsia di dalam bilik mandi mereka.

Dari sini mereka boleh melarikan diri melalui tangga sempit ke tingkat bawah.

Dari sini, mereka boleh masuk ke beberapa laluan terowong bawah tanah rahsia untuk membolehkan mereka melarikan diri dari rumah ini ke kuil berdekatan.

Rumah Terbengkalai

Tapi hajat beliau untuk melihat rumah ini siap akhirnya tidak kesampaian.

Mahligai mewah di pinggir sungai ini akhirnya terbengkalai apabila wabak Spanish Flu membunuh ramai pekerja beliau.

11 tahun selepas ia mula dibina, rumah ini masih belum siap.

Malang seribu kali malang, beliau juga tidak dapat merasai gahnya tinggal di rumah ini kerana semasa perjalanan beliau ke Lisbon, beliau meninggal dunia kerana sakit pneumonia.

Hantu Kellie's

Orang tempatan dahulunya memanggil tempat ini sebagai istana berhantu Kellie.

Bukan apa, dikatakan ada yang terserempak kelibat Kellie dan anak perempuannya berjalan-jalan di koridor rumah ini pada waktu malam dalam baju tidur mereka.

Akan tetapi setelah ia dibaik pulih, cerita ini kurang kedengaran.

Walaupun begitu, anda masih akan terasa seram sejuk jika anda datang melawatnya berseorangan.

Kalau tak percaya, sila turun ke ruang simpanan wine dan beberapa bilik gelap lain di bawah tanah.

Selamat berjaya!

Waktu Operasi

Isnin – Ahad : 9 pg – 6:00 ptg

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Kellie’s Castle Kellie’s Castle
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)