Kelly Bays

RM230.00

Nak berseronok kat laut dan kat sungai dalam satu tempat? Ini antara tempat rare untuk itu.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
3-5 jam
Harga Tiket
Harga tiket bermula dari RM 230 per pax
Jarak dari Kota Kinabalu
30 km / 50 min
Lokasi
Kelly Bays, Jalan Kampung Laya Laya, 89200 Tuaran, Sabah

Ditutup sementara / kekal

MAIN AIR

Laut dan Sungai

Kawasan Kelly Bays adalah antara kawasan semulajadi yang cukup menarik di Sabah.

Tempat ni juga sebenarnya tak berapa dikenali oleh orang-orang tempatan.

Antara sebabnya ialah kerana untuk ke sini anda perlu datang menaiki rumah rakit, dan nak ke sini berbayar mengikut pakej.

Dalam kawasan ini ada macam-macam aktiviti air yang anda boleh buat.

Kalau anda nak berseronok di laut, boleh. Dan kalau anda nak merasa seronok kawasan sungai pun bukan masalah.

kelly bays

kelly bays

AKTIVITI LAIN

Utk Famili

Disebabkan ianya di tepi sungai di sini anda pergi ke platform terapung dan belajar menangkap ikan dan ketam.

Selalunya selepas aktiviti ini anda boleh berehat ataupun belajar membatik.

Selepas makan tengah hari anda boleh main apa saja permainan air laut. Anda boleh pilih nak main banana boat, berkayak, mandi laut atau cuma bersiar sampailah petang.

Semua permainan air ini anda boleh main tanpa perlu bayaran tambahan.

Kalau anda nak bergambar tidak ada masalah, sebab ada banyak tempat untuk anda buat OOTD.

Harga Tiket

Harga Tiket (RM)DewasaKanak2
Warganegara230230
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 4 Jan 2022

Cara Ke Sini

Kelly Bays ini di Kampung Laya Laya Tuaran, dalam 30 km dari Kota Kinabalu. Bila anda sampai di jeti kampung, anda akan ke sini dengan rumah rakit. Tapi jangan risau tentang cara ke sini. Sebabnya kebanyakan daripada pengendali pelancongan akan menjemput anda bermula dari hotel anda di Kota Kinabalu dan menghantar anda pulang ke tempat penginapan anda. Makan tengah hari juga selalunya disediakan di dalam kawasan Kelly Bays. Cuma kami tak pasti samada ia halal ke tidak.