Kem Sungai Pauh

RM3.00

(5 review)

Nak layan hutan masa cuti? Jom set up khemah kat area ini.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
1 malam++
Harga Tiket
Yuran masuk bermula dari RM 3 dewasa dan RM 1.50 kanak-kanak
Lokasi
Kem Sungai Pauh, Cameron Highlands

Add to Cart
kem sg pauh malam @nhusnamz
Kem Sungai Pauh
RM3.00

LOKASI IDEAL

Tapak Camping

Untuk geng yang nak bercamping kat area Cameron, Kem Sungai Pauh ini lokasi idealnya.

Bolehlah rasa macam camping kat oversea dengan cuacanya yang sejuk gedi.

Dan boleh juga jimat duit dan rasa suasana outdoor kat Cameron sesekali.

kem sungai pauh
Kredit : khemah.kita

Tiket Kem Sungai Pauh

Harga Tiket Walk-In

Harga Kemasukan (RM)DewasaKanak2
Fi / Yuran Masuk31.50
Tapak Khemah10 / tapak
Parking Kenderaan5 / sebuah
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 15 Jan 2024

Yuran & Permit

Nak berkhemah kat sini kena ada kelulusan dulu dan berbayar.

Bukan apa, kat sini, tapak campingnya terjaga elok.

Dan kawasan nak pacak khemah pun bersih dan besar.

Boleh pilih nak berkhemah atas platform kayu ataupun tanah.

Cabaran Nak Lulus

Cuma nak dapat kelulusan mungkin payah sebab tempat camping kat Sungai Pauh ini memang popular.

Bukan apa, lokasinya strategik.

Bila-bila nak petik strawberry atau makan scones kat Cameron, cafe-cafe kat Taman Sedia dekat saja.

Pekan Tanah Rata pun cuma dalam 1 km saja jaraknya.

Cara Memohon

Walaupun kem ini muat sampai 200 orang, kami sarankan anda book 2 – 3 bulan sebelum tarikh anda nak berkhemah supaya dapat slot nya.

Anda boleh minta kelulusan dari Jabatan Hutan Pahang secara online saja.

Fasiliti Kat Kem Kem ini ada tandas awam (tiada air panas) dan sinki untuk anda basuh peralatan anda.

Dan kalau nak solat, surau pun ada kat sini. Kalau rasa nak berendam, kat sini ada sungai.

Tapi yang sanggup mandi memang sikit. Sebab celup kaki pun boleh pucat lesi.

Kereta anda boleh di letak di kawasan tempat kereta berturap Jabatan Hutan Cameron yang tak jauh dari kem.

Tips Pengunjung

  • Lokasi khemah ikut first come first serve.
  • Kawasan camping kat bahagian atas tiada sink untuk basuh pinggan mangkuk.
  • Jangan tebuk guna paku kalau di platform kayu. Sila pakai peg skru atau besi yang boleh muat antara celah kayu platform.
  • Siap sedia dengan baju dan sleeping bag tebal. Kalau hujan, sejuk malam boleh mencecah 15 darjah Celcius lazimnya.
  • Untuk plug elektrik, boleh didapati dari pondok-pondok kat sini.

5 review utk Kem Sungai Pauh

4.2
Berdasarkan 5 review
5 bintang
40
40%
4 bintang
40
40%
3 bintang
20
20%
2 bintang
0%
1 bintang
0%
1-5 dari 5 review
  1. Plug point jauh… Sungai bersih budak2 boleh mandi… Guard sombong ya amat… Mcm nak cari gaduh je.. Malam2 kawasan perkhemahan sejuk.. Disarankan bawak baju tebal

    Tandas: Tandas banyak.. Perlu penambah baikan

    (0) (0)
  2. Sejukkk yang amat waktu malam & subuh 17° .. bilik mandi ada 2 with water heater, tapi ikut nasib water heater function atau tidak.

    Kem gunakan air tangki, jadi akan ada tempat yang tiada air, jadi better check air before melabur/mandi di mana² toilet. Ada surau disediakan, selesa cuma kebersihan boleh ditingkatkan..

    Parking limited bahagian dalam, advisable utk check in awal utk load brg. Troli available 1 sahaja, jadi klau ada troli sendiri, better bawa utk mudahkan angkut brg khemah etc.

    Plastik sampah disediakan di pos guard. Kepada sesiapa yang dapat deck paling atas, be extra careful as nak naik membukit.. ada tangga licin & i’ve tergelincir kt tangga upper deck tu.. avoid pakai sliper jamban yg takda bunga~~ Tangga licin seperti dalam video

    (0) (0)
  3. Kem Sungai Pauh, Cameron Highland Pahang

    Harga : RM10/malam, RM3/adult = RM13
    Time : check in 2 pm, check out 12 pm
    Tapak: Lowered Deck

    Plugpoint di gazebo ✅
    Line coverage 4G ✅
    Sinki ✅
    Surau ✅
    Tandas & bilik mandi (air chipsmore) ✅
    Chop passport ✅
    Booking via website:
    https://forestry.pahang.gov.my/
    Parking di luar
    Boleh load barang di pintu masuk campsite
    Sewa motor RM15/jam, RM50/5 jam, RM80/1 hari
    Kedai makan berdekatan, jalan kaki je

    Aktiviti:
    Star gazing
    Hiking / trekking
    Mandi sungai

    Masa saya pergi takda air di bilik air, quite a hassle.

    (0) (0)
  4. Paling best is the temperature. Tapi malam boleh jadi sejuk gile especially kalau hujan.

    yang tak best: crowded, tapak khemah dia dah bagi atas platform kayu, tapi terlalu rapat antara satu sama lain jadi tak best lagi2 bila jiran punye khemah besar and amik space max betul2 rapat ke garisan tapak yg dia bagi.

    Toilet dia fuhh semangat, hopefully diperbaiki lah,
    Ada sungai kecik, blh la anak2 nak mandi
    Tengahari kalau panas panas betul terlindung angin tak lalu, kalau malam hujan sejuk sangat2.

    dah disediakan fire pit pun cantik jugak standby cari kayu api sesiap.

    Surau luas dan bersih.

    Ada tarikan terbaru, Hobbit House Tapi belum officials bukak lagi. Check website utk tahu harga dan tarikh.

    Overall worth it.

    Tandas: Toilet dia.. bawak bertabahlah

    Kawasan berkelah: Byk pondok2 kecik untuk relax2.

    (0) (0)
  5. Pengalaman yang tak dapat dilupakan sampai bila-bila kerana dapat merasai tidur Dalam suhu 14°c diwaktu malam.. nasihat saya kepada yang akan bercamping disini, malam wajib pakai baju berlapis, berstoking tebal, topi dan glove agar tidak beku. Selamat bercamping.

    * Oh ya.. 1 lagi, kalau cuaca sedang berangin dinasihatkan keluar dari khemah l, perhatikan sekitar anda dan berhati-hati kepada sebarang kemungkinan pokok tumbang, kerana ketika kami camping disini, ada pokok besar tumbang betul-betul diluar pagar di tapak atas.

    Terus campers atas bungkus dan cari tapak kosong di area bawah. Keselamatan nyawa nombor 1 guys!

    (0) (0)
Masukkan ulasan
Kem Sungai Pauh Kem Sungai Pauh
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)