Tentang Tarikan Ini :
Kereta kabel ini berada kat Awana Sky Sentral ( tempat sama yang adanya Genting Premium Outlets).
Dan kerjanya membawa anda dari stesen ini ke puncak Genting, dan kembali.
Stesen ini agak baru sebenarnya. Mula dibuka pada 2017, stesen ini ada 99 kereta kabel dengan teknologi baru.
Anda bakal duduk layan pemandangan dalam kereta kabel Genting ini selama 10 minit. Jaraknya dalam 3.5 km.
Nak lagi thrill, boleh naik gondola tapak kaca. Tapi kena bayar lebih lah.
3 Stesen Kereta Kabel
Kereta kabel ini ada 3 stesen berhenti.
Pertama, Awana Sky Sentral. Ini hub pengangkutan kat Genting. Kalau anda naik bas ke Genting, ia selalunya akan berhenti kat sini, supaya anda boleh naik dengan kereta kabel ke atas.
Kat tengah-tengah, ada stesen kuil Chen Swee. Kalau anda nak layan pemandangan kat kuil ini, boleh turun kat sini. Untuk naik semula kereta kabel nanti, anda gunakan tiket yang sama.
Tapi kalau malas nak beratur sekali lagi, dan tujuan memang bukan nak bergambar kat kuil, boleh terus ke stesen terakhir yang dipanggil Awana Sky Avenue Station.
Kat stesen terakhir inilah yang adanya taman tema dalaman Skytropolis, The VOID, Snow World dan tarikan lain Genting. Hotel-hotel pun ada di kawasan yang sama.
Tips Naik Kereta Kabel Genting
1. Duduk menghadap arah tujuan anda, bukan bertentangan, supaya tak rasa mabuk.
2. Beli tiket pergi balik. Ini akan jimatkan masa beratur.
3. Duduk di tengah kalau banyak tempat duduk kosong. Ini akan stabilkan kereta kabel anda, dan kurangkan ia membuai.
4. Anda dibenarkan bawa 1 beg (max 20kg) dalam gondola ini, sebab ramai yang akan check-in hotel kat atas sana. Kalau lebih kena bayar.
Boleh ke Ke Genting Tak Naik Kereta Kabel?
Ya. Kalau nak naik ke puncak Genting dengan kereta pun boleh. Pandu saja ke atas.
Waktu Operasi
Setiap Hari : 7 pg – 12 mlm
Harga Tiket
Harga Tiket (RM) | Sehala (RM) | Pergi Balik (RM) |
---|---|---|
Gondola Biasa | 10 | 18 |
Express Boarding | 16 | 30 |
Glass Gondola | 21 | 35 |
Beli Tiket Kereta Kabel Genting | ||
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 10 Jan 2023 |