Isi Kandungan :
Cable car Langkawi ini menggunakan teknologi Swiss. Bukan cap ayam. Jadi jangan risau sangat bila anda duduk dalam gondola anda.
Jaraknya boleh tahan jauh. Dari stesen bawah ke Stesen Tengah, jaraknya 1.7 km. Tapi penantian ke platform satu lagi amatlah menyiksakan kalau anda takut tempat tinggi.
Satu lagi yang bakal buat anda mengucap banyak-banyak ialah kerana lantainya kaca, dan tali kabelnya panjang sehingga tidak nampak hujungnya. Gondola ini juga akan naik dengan curam.
Tingginya anda diangkut membuatkan pokok-pokok balak di bawah kaki anda nampak kerdil dan kapal laut yang sebesar bangunan sudah jadi sekecil semut.
Di stesen tengah, anda boleh turun dan berjalan ke platform untuk melihat pemandangan Pulau Langkawi.
Tapi tarikan tempat ini belum habis. Jangan lupa berjalan di jambatan gantung Langkawi pula ya?
Jambatan Gantung/Skybridge

Kredit : www.nydailynews.com
Jambatan yang dibina di atas Gunung Mat Chinchang ini memang mengagumkan. Sebabnya, kerana ia duduk di atas gunung, dan digantung ditengahnya dengan hanya satu tiang besi.
Jambatan yang panjangnya 125m ini juga adalah antara jambatan melengkung terpanjang di dunia. Wohaaaa!! Hebat dok?
Di sini anda boleh berselfie. Jika tidak pun, layan pemandangan Langkawi dan kawasan pulau Thailand sepuas hati. Pegang telefon elok-elok, takut jatuh, jadi hadiah buat tupai di bawah.
Kafe

Kredit : www.panoramalangkawi.com
Kalau tekak kering disebabkan banyak menelan air liur sewaktu kereta kabel naik ke sini, ada kafe untuk anda basahkan tekak.
Jika anda tunggu sehingga ke petang, anda mungkin boleh melihat matahari terbenam dari atas gunung sambil mengirup kopi panas dari puncak gunung ini. Pemandangan masa ini, memang padu.
Gondola terakhir akan turun pada pukul 8 malam. Jangan terlepas pula ya?
Rentas Desa/Skytrail
Nak lebih ummph? Dari stesen tengah, naik ke stesen teratas dengan merentas denai khas. Perjalanan naik ke atas mengambil masa 30 minit.
Tips
1. Kereta kabel ini tidak berhenti sewaktu mengambil penumpang. Jangan leka main FB sewaktu tiba giliran anda masuk ke dalam gondola.
2. Beratur untuk menunggu giliran untuk naik memang lama kalau anda beratur bersama rombongan pelajar sekolah. Oleh sebab mereka selalunya ramai, jika anda ke Langkawi sewaktu musim cuti sekolah, datang seawal mungkin agar tidak perlu beratur panjang.
Harga Tiket Cable Car Langkawi
Dewasa (RM) | Kanak-Kanak (RM) | |
---|---|---|
1. NORMAL COMBO | ||
Warganegara | ||
Kereta Kabel + SkyDome + SkyRex + 3D Art Langkawi | 40 | 30 |
Pelancong Asing | ||
Kereta Kabel + SkyDome + SkyRex + 3D Art Langkawi | 55 | 40 |
2. EXPRESS LANE COMBO | ||
Warganegara | ||
Kereta Kabel + SkyDome + SkyRex + 3D Art Langkawi | 90 | 80 |
Pelancong Asing | ||
Kereta Kabel + SkyDome + SkyRex + 3D Art Langkawi | 105 | 90 |
3. GLASS BOTTOM GONDOLA | ||
Kereta Kabel Tapak Kaca + SkyDome + SkyRex + 3D Art Langkawi | 105 | 105 |
4. PRIVATE GONDOLA | ||
Kereta Kabel + SkyDome + SkyRex + 3D Art Langkawi | 550 (utk 6 orang) | |
5. VIP GONDOLA | ||
Kereta Kabel + SkyDome + SkyRex + 3D Art Langkawi | 550 (utk 6 orang) |
Harga Tiket Diskaun
Cable Car 4-In-1 Combo
Tarikan Berdekatan
Kalau anda cergas dan sanggup meredah ratusan tangga tinggi, jangan lupa melawat Air Terjun Telaga Tujuh yang hampir dengan tempat ini.