Tentang Tarikan Ini :
Dengan kereta kabel berkapasiti 8 penumpang, anda akan dapat melihat suasana kota Singapura dan Pulau Sentosa sewaktu kereta kabel moden anda melintasi laut.
Hampir 100 meter di atas air, perjalanan selama 10 minit ini pasti mengujakan jika anda menaikinya pada waktu malam kerana anda boleh melihat panorama ke dua-dua kawasan yang dihiasi cahaya lampu warna-warni.
Tips Pengunjung
Jika anda termasuk yang berpoket tebal, anda pilihan untuk menaiki kereta kabel VIP yang dilengkapi tempat duduk kulit dan lantai kaca.
Jika anda mahu menaiki sesuatu yang memberi pengalaman hampir sama seperti kereta kabel, anda juga boleh menaiki Skyride.
Harga Tiket Pergi Balik
Harga Tiket Asal | Dewasa (SGD) | Kanak-Kanak (SGD) |
---|---|---|
Sentosa Line (return) | 15 | 10 |
Skypass (return) | 35 | 25 |
Beli Tiket Murah Cable Car | ||
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 27 Jan 2024 |
Waktu Operasi
Setiap Hari : 8:45 pg – 10 mlm
JomJalan Seluruh Singapura