Isi Kandungan :
Kalau anda nak balik ke zaman sebelum perang dunia ke-2, ini antara tarikan dalam Sabah yang ada.
Dimajukan oleh Sutera Harbor dan Jabatan Keretapi Sabah, anda akan dibawa melihat suasana bandar dan luar bandar Sabah dengan lokomotif British zaman 1970an selama 4 jam.
Lengkap dengan makan pagi dan tengahari, pengalaman ini dikatakan cukup menyeronokkan untuk mereka yang sukakan sejarah. Sebabnya dari tren, penjaga tren sampailah ke makan minumnya dibuat supaya macam betul-betul gaya zaman dulu.

Kredit : Stratman
Trip ini mungkin tak bermakna pada anda. Tapi pada bekas veteran perang Australia, New Zealand dan British yang pernah berperang di Borneo, tour menaiki keretapi North Borneo cukup indah kerana ia menggamit memori silam, suka duka mereka dahulu.
Tips Pelawat
Trip hanya pada hari Rabu dan Sabtu.
Waktu Operasi
Rabu dan Sabtu: 9:30 pg – 2 ptg
Harga Tiket
Dewasa (RM) | Kanak-Kanak (RM) | |
---|---|---|
Tiket (termasuk makan pagi & tengahari ) | 358.50 | 358.50 |