Had Masa
Disebabkan orang lain pun nak main juga, kat sini ada had. Tiket anda membolehkan anda dan anak bermain selama 2.5 jam sahaja.
Tarikan Di Sini

3 tingkat tempat anak berseronok dengan bola, trampolin dan gelongsor dan tingkat teratas pula khas untuk anak celebrate hari istimewa — macam birthdaynya.
Kawasan dalam CEO Playland ini ceria dan warna-warni. Memang ceria dan buat anak happy satu hari. Silap-silap sekali masuk tak mahu keluar lagi.
Tingkat Bawah
Di tingkat bawah ada kolam yang penuh dengan bola, trampolin dan juga video game dengan sensor.
Bila sudah puas kat situ, anak boleh naik ke tingkat 1.
Tingkat 1
Kat sini boleh kuatkan otot dengan jungle gym dan rock climbing atau main slide pelangi.
Tingkat 2
Kat tingkat 2 pula, sesuai untuk yang nak duduk diam main permainan sebab ini bahagian toys. Nak sarung baju dan bergambar pun best.
Si kecil boleh sarung baju bomba sampailah ke cinderella. Dan kat sini juga ada cafenya untuk anda dan anak penuhkan perut yang bergelora.
Tingkat 3
Dan yang atas sekali, memang reserve untuk anda tempah untuk adakan majlis untuk anak dan kawan-kawan nya.
Cafe
Untuk tiket dewasa, ia datang dengan makanan sekali.
Tapi untuk anak, ia hanya tiket sahaja memandangkan ramai yang sekali masuk, lupa soal perutnya.
Tapi kalau lapar boleh ke cafenya.
Mengikut pemilik premis, makanan kat sini halal-certified lauknya.
super nice place to enjoy and play with kids , not only kids kite yg adult pun seronok main HAHAHA , no limit time , dgn harga yg murah lepastu banyak mainan , sangat seronokk . anyone yg cari tempat utk main boleh datangg siniii . Bestt ..
Best main, anak sedara suka sungguh kalau mai sini. Sampai takmau balik 😂
Staff friendly , anak anak suka . Tempat pun bersih & banyak mainan selepas renovation .
Boleh main sampai tutup kedai 😆, baby tak kena charge free ja bawah setahun , berbaloi rm38 untuk kanak kanak . Next time datang lagi .🫶🏻❤️
tempat sangat besar & tak jemu anak anak main. makanan pon sedap dan sesuai utk anak & also surau dan toilet yang selesa dan bersih.
Staf friendly, makan kat cafeteria tenang sebab anak-anak boleh main dekat tempat main yang disediakan. Bersih, dan free entry untuk birthday anak 👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼