SIMULASI KERJA
Taman Tema Berbeza
Kalau anda puas berleter susahnya cari duit, dan anak julingkan mata ke atas, ini alternatif buat anda.
Tapi siapkan ongkos dulu.
Hantar mereka ke Kidzania sehari suntuk, sambil anda shopping sakan di Ikea Damansara.
Tiada tunggangan, dan tiada permainan arked di sini. Tapi, anak-anak anda akan bekerja.
Hari ini mereka boleh jadi pakar bedah, ahli bomba, wartawan, juruterbang, model, doktor, pelukis atau juga seorang pelakon untuk sehari.
Tempat ini umpama bandar kecil. Ia lengkap dengan hospital, balai bomba, salon kecantikan, bank, stesen radio, studio TV dan teater.


MINI TOWN
Kerja Bergaji
Kalau Petrosains KLCC lebih kepada teknologi minyak, yang Kidzania, lebih menyeluruh tempat mainnya.
Bila sudah bekerja, tentu ada gaji kan?
Gaji yang mereka terima diberi dalam bentuk matawang KidZania (dipanggil kidZos).
Duit ini boleh disimpan ke dalam akaun bank Kidzania, dan dibelanjakan di mana-mana kedai di dalam KidZania.
Pendek kata, hari ini mereka akan faham tentang susahnya bekerja mencari duit.
Dan duit pula perlu berdikit-dikit, sebab di Kidzania, mereka akan punyai kad bank Kidzania untuk mereka belajar tentang pentingnya berjimat.
Amat menarik. Kami hadir seramai 38 murid dan 7 orang guru. Murid teruja dan dapat membuka minda tentang bidang pekerjaan dan dapat mempratikkan pengurusan kewangan.
Berbaloi dgn harga….anak2 gembira dan mmg stay lama kat sana sampai pukul 6.. toilet pun ada.. surau pun ada… selesa kat sini… yg penting ekon sejuk…makan pun boleh makan dalam ni je… ada macam2 sy anak bawak anak databg lagi
Beli open ticket dan datang pada 28/11/2024, sangat tak sangka crowd TERLALU RAMAI dengan pelajar sekolah, walaupun hari bekerja dan bukan cuti sekolah.
Kecewa dengan management/front kaunter yang tak inform kepada customer walkin mengatakan crowd pada hari tu terlalu ramai.
Sebelum ni datang anak2 dapat main banyak attraction tapi kali ni (28/11/2024), hanya dapat bermain 6 attraction sahaja dari pukul 11 sampai pukul 6 ptg.
Di harap selepas ni management dapat control pelanggan yang booking dan pelanggan yang walkin.
Bawa anak murid ke sini, perlukan 4 atau 5 jam utk betul2 enjoy semua tempat.
Staff kena berikan details yang lebih jelas utk waktu makan tengahari terutamanya yang dtg dpd jauh dan bawa murid berkapasiti besar
Hadir pada hari biasa bersama anak2 yg terlibat dalam rombongan tadika. Anak2 berasa gembira dan seronok mendapat pengalaman baru dan belajar sesuatu dari setiap establishment yg mereka join.