KAWASAN PURBA
Amat Tua
Dalam perjalanan di Sungai Kilim ini anda bakal melihat spesies pokok-pokok bakau yang dikatakan berusia ratusan ribu tahun dan struktur batuan batu kapur yang sudah berusia jutaan tahun.
Kalau ikut ahli geologi, kawasan ini ada sebelum dinosaur wujud lagi.
Jadi ini kawasan yang cukup purba dan macam Jurassic Park mini.
Dan disebabkan ini, kawasan tarikan Langkawi ini tersenarai dalam kawasan perlindungan Geopark UNESCO.
Malah ia adalah tapak Geopark UNESCO yang pertama dalam Asia Tenggara


GUA DAN BATU KAPUR
Trip Laut & Darat
Kat sini anda bakal melihat helang, meneroka masuk ke dalam gua-gua dan tengok fossil kat dinding gua, melawat kawasan penternakan ikan dalam sangkar (dan melihat ikan sumpit) sampailah melawat ke kawasan laut Andaman yang hampir dengan sempadan Thailand.
Trip Mangrove Tour Langkawi ini memang berbeza dari trip island hopping yang lebih murah dan yang fokusnya ialah Tasik Dayang Bunting.
Yang ini memang cukup sesuai untuk mereka yang nak tengok kawasan alam dalam Langkawi yang asal.
Dan memang tak kisah kotor sedikit bila masuk ke dalam gua yang banyak kelawar.
Review
Jadi yang pertama beri review