Kinta Riverfront

Tarikan Percuma

Kinta Riverfront ialah tarikan waktu malam di kawasan bandar Ipoh.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
30 – 90 min
Harga Tiket
Percuma
Lokasi
55, Jalan Lim Bo Seng, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Perak, Malaysia

SANTAI MALAM

Angin Sungai

Dengan pohon-pohon lampu berwarna warni, kawasan pesisir sungai Kinta bertukar dari sungai lesu menjadi tempat rekreasi warga Ipoh bersama keluarga bersantai dan berbasikal mulai jam 7 malam.

Di kawasan ini terdapat kafe-kafe yang menghidangkan makanan Melayu dan Barat, galeri lukisan dan gerai pelbagai mainan waktu malam untuk kanak-kanak.

kinta riverfront
Kredit : cherylzcheng

kinta riverfront
Kredit : mikerfood

MESRA KELUARGA

Makan & Ambil Angin

Disinari lampu-lampu berkerlipan, aroma makanan yang menyelerakan dan gelak ketawa pengunjung menunggang basikal pada waktu malam, kawasan kecil ini ideal sebagai tempat riadah untuk anda menghirup udara malam bersama keluarga di bandar Ipoh.

Kawasannya kecil tapi cukup untuk menjadi kawasan bersantai sebentar dengan keluarga.

Tips Pelawat

  • Datang awal kerana tempat letak kereta di sini sukar dicari dan hanya di bahu jalan.
  • Alternatif tempat letak kereta ialah di Taman Dr. Seenivasagam. Masuk ke taman, dan teruskan memandu sehingga hampir pintu keluar taman. Belok kiri apabila anda sudah dapat melihat cahaya lampu dari kawasan rekreasi Kinta Riverfront. Anda boleh meletak kereta di tempat letak kereta taman ini yang luas.

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Kinta Riverfront Kinta Riverfront
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)