Isi Kandungan :
Model Kuala Lumpur
Tarikan baru pelancong ini ada replika 3D kotaraya Kuala Lumpur yang dibuat mengikut skala. Kalau anak anda atau anda peminat permainan Lego atau Gundam, ini antara tempat mengujakan.
Bukan apa, kalau biasanya anda membuat dan menyambung replika robot, kali ini anda lihat replika bangunan ibu kota pula.
Tapi bukan itu saja. Di sini pun ada sejarah dan cerita-cerita di sebalik bangunan KL.
Kalaupun anda tak berminat dengan sejarah dan bangunan kenit, tempat ini berhawa dingin. Cocok sangatlah kalau anda mahu lari dari panas terik tropika di sekitar Dataran Merdeka.
Kedai Cenderamata dan Maklumat Pelancong
Untuk nostalgia, anda boleh membeli beberapa cenderamata di sini. Dari magnet peti sejuk hingga ke hadiah yang dibuat dari kayu. Peta dan maklumat di Pusat Maklumat Pelancong (tingkat 1) pun ada kalau anda rasa kusut mencari arah.
Tarikan Berdekatan
KL City Gallery ini duduk bertentangan dengan Bangunan Sultan Abdul Samad dan juga Muzium Tekstil. Jadi kalau dah ke sini, jenguk juga dua tempat kat atas.
Tak jauh dari sini juga ada Masjid Jamek dan juga Pasar Seni. Kedua-duanya dalam jarak 15 minit berjalan kaki.
Harga Tiket
Dewasa (RM) | Kanak-Kanak (RM) | |
---|---|---|
Tiket | 10 | 10 |