KL Forest Eco Park

RM10.00

Nak rasa masuk jungle trekking tengah KL? Betullah, memang boleh.

Harga tiket walk-in
Harga tiket bermula dari RM 10 untuk dewasa dan RM 1 untuk kanak-kanak (warganegara)
Anggaran Masa Utk Aktiviti
1 – 2 jam
Lokasi
KL Eco Park, Bukit Nanas, Kuala Lumpur

Add to Cart
taman eko rimba kl 2
KL Forest Eco Park
RM10.00

HUTAN DARA

Tengah Bandaraya

Disebabkan namanya nak dimodenkan, hutan simpan yang digazet sejak 1970an ini sekarang dah dinamakan semula sebagai KL Forest Eco Park.

Hutan hujan ini antara 3 hutan dalam Kuala Lumpur yang ada. Dan dikatakan yang KL adalah satu-satunya bandaraya dalam dunia yang masih ada hutan dara di tengah-tengahnya.

Saiz hutan ini dulunya 17.5 hektar. Bila dah dibina Menara KL, saiznya mengecut kepada 9 hektar sahaja.

Nak mengekalkan aslinya tempat ini, ada sebatang pokok Jelutong berumur 100 tahun yang tak dipotong semasa menara KL dibina.

kl forest eco park di bukit nanas
Kredit : shafiezan_

LOKASI BERGAMBAR

Jambatan Gantung

Tempat bergambar paling famous dalam KL Forest Eco Park ini tak lain tak bukan mestilah kat kawasan jambatan gantung.

Jadi kalau dah ke sini, jangan lupa bergambar kat area ini.

Tiket Taman

Harga Tiket Walk-In

Harga Tiket (RM)Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Warganegara101
Pelancong Luar405
Harga tiket dikemaskini hingga : 2 Feb 2025

Jungle Trekking

Dalam kawasan ini memang boleh buat jungle trekking. Pilih sahaja trail yang sesuai. Ada trail Merawan sampailah ke trail Shorea. Kalau nak trail kecil, boleh cuba Hopea dengan Sindora. Apapun jangan risau sangat sebab trail dalam hutan simpan ini mudah-mudah sahaja kebanyakannya.

Cara Ke Sini

Anda boleh naik bas percuma GoKL warna Purple ataupun warna Biru. Berhenti di Bukit Nanas. Kalau dengan train, anda boleh ambil monorail. Berhenti di stesen Bukit Nanas. Alternatif lain ialah berhenti di Masjid Jamek dan sambung dengan mengambil e-hailing (seperti Grab).

Nama Bukit Nanas

Tempat ini dulu antara kawasan kubu semasa perang tahun 1867 – 1874. Dan oleh sebab pada zaman itu askar-askar tak berkasut, Raja Asal yang mempertahankan kawasan bukit ini mengambil keputusan menanam nanas sebagai salah satu strategi pertahanan. Bila datang penjajah, bukit ini ditukar nama kepada Weld Hill.

Hotel Menarik Berdekatan

Tarikan Berdekatan

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
KL Forest Eco Park KL Forest Eco Park
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)