KL Journal

RM350.00

Hotel butik moden dengan suasana retro dan vibe hipster, sesuai untuk mereka yang mencari lokasi strategik dan pengalaman unik di tengah ibukota.

Best Kat Sini
  • Hotel gaya retro moden
  • Rooftop pool yg instagrammable
  • Lokasi strategik di Bukit Bintang
Ideal Untuk
Solo, Couple, Business Traveler
Lokasinya
Lokasi :

  • 10 minit jalan kaki ke Pavilion Kuala Lumpur
  • 10 minit berkereta ke KLCC

Alamat: 30, Jalan Beremi, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur

Add to Cart
kl journal hotel bukit bintang
KL Journal
RM350.00

SENTUHAN RETRO

Dan Moden

Hotel butik ini bukan sahaja ngam sebagai tempat berehat tapi juga ideal untuk yang mahukan kelainan masa cuti nanti.

Reka bentuk dalaman kat sini bergaya dengan elemen retro, dari perabot sehingga ke butiran kecil seperti lampu dan karya seni.

Bilik anda ada suasana yang unik, sesuai untuk tetamu yang suka reka bentuk moden tetapi santai.

kl journal
kl journal

LOKASI STRATEGIK

Makan dan Mall Dekat

Hotel ini pun dekat dengan tempat makan popular di Bukit BIntang — dari Damascus Kebab hingga Nasi Ayam Chee Meng.

Semuanya dalam jarak jalan kaki.

Untuk shopping, mall macam Lot 10, Fahrenheit88 juga dalam 10 minit dari sini.

ANEKA MAKANAN

Sarapan & Tea

Sarapan kat cafe Kedai Kopi Journal memang terkenal dengan pilihan menu buffet yang pelbagai.

Pilih dari nasi dagang, french toast, dim sum hinggalah pastri dan pancake — semuanya bakal buat anda tersenyum bak sang raja.

Dan bila petang menjelang (3 – 5), ada snack bar untuk semua.

Ada sandwich, kopi, kek atau pastry untuk anda jamu selera secara percuma.

kl journal

kl journal

POOL INSTAGRAMMABLE

Gaya 50an

Kolam renang The Swimming Club atas bumbung hotel memang tempat tumpuan tetamu.

Ngam untuk berehat sambil layan pemandangan latar langit Kuala Lumpur.

Lawa juga untuk dijadikan port berfoto untuk kenangan bercuti yang funky.

Harga Bilik

Harga BiasaRM 350 ++
Tempah
Tempah

Tarikan Berdekatan