KL Skytours

RM198.00

Jom rasa naik helikopter dari helipad Taman Tasik Titiwangsa.

Penting
Update 2022 – Tarikan ini mungkin tidak lagi beroperasi. Laman webnya telah luput manakala laman web Cempaka Heli yang mengendalikan operasi tarikan ini juga tidak mempunyai sebarang info tentang KL Skytours ini.
Anggaran Masa Utk Aktiviti
6 – 45 min
Harga Tiket
Harga tiket bermula dari RM 198 untuk trip 6 min
Lokasi
Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur

Ditutup sementara / kekal

NAIK HELI

Layan KL

Buat anda yang nak merasa sambut birthday, anniversary atau apa-apa hari bersejarah dalam hidup, dan nak celebrate cara yang lain dari yang lain, KL Skytours ini ada.

Memang bajetnya tinggi, dan cara sambutannya extreme.

Tapi kalau untuk seumur hidup sekali, boleh mula menabung hari ini. Lagipun bukan tiap-tiap hari dapat naik heli.

kl skytours

HELI MINI

Dari Tasik Titiwangsa

Helikopter yang bakal anda naik ini jenis helikopter Robinson 44 atau R66 yang 3 atau 4 tempat duduk. Helikopter ini dikendalikan syarikat Chempaka Helikopter Corporation.

Memang syarikat ini kerjanya bawa orang korporat dan ternama dengan helikopter sejak 2002. Dan walaupun saiznya kecil, helikopter jenis Robinson ini diletak sebagai antara jenis helikopter paling selamat dalam dunia.

Bila kat atas, anda bakal tengok kawasan bandaraya KL — macam Dataran Merdeka, Taman Burung KL, Menara KL dan juga KLCC.

Okay, kalau sudah buat keputusan nak naik, malam sebelumnya, doakan hari naik nanti cuaca cerah. Baru boleh nampak banyak. Dan debar pun tak sampai buat perut senak.

Jangan lupa juga bawa kamera. Senang nak bergambar banyak-banyak buat memori sendiri atau upload kat IG.

Tiket KL Skytours

Harga Tiket Walk-In

Jenis PakejMasa (min)Harga/ Pax (RM)
KL Express6198
City Explorer15448
Jungle Escape30960
Mountain View451388
* Semua trip perlukan min 3 pax
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 14 Oct 2021

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
KL Skytours KL Skytours
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)