ipoh koh heng

Koh Heng Square

Jom layan kawasan kedai lama Ipoh yang dibangun semula jadi kawasan hipster.

Dari tepi jalan, orang luar akan rasa, mengapalah kedai tepi jalan ini dibiar berselirat dengan pokok?

Tapi bila masuk ke dalam, ramai yang terkejut.

Koh Heng ini bang, kawasan bangunan rumah kedai lama Cina.

Sekarang kawasan kelompok rumah kedai ini dah diberi nafas baru dengan adanya kedai-kedai makan Cina, kedai kopi dan gerai jualan masa pagi hujung minggu.

pasar minggu koh hengApa yang ada kat sini?

Rasanya lebih kepada satu kawasan yang menunjukkan bahawa bangunan sejarah dan lama boleh diterjemah semula menjadi tempat tarikan, dan tak perlu dirobohkan tak tentu arah.

Apa Ada Dalam Koh Heng?

kedai makan di koh heng ipohKawasan bangunan yang menghadap jalan besar ada beberapa kedai kopi hip — yang deco dalamnya memang cool untuk photoshoot anda.

Sewaktu kami tulis, ada hanya satu kedai Melayu dan lain-lainnya memang kedai Cina.

Nak buat macam mana, dah Ipoh ini bandar timah, dan memang sinonim dengan bangsa pendatang ini.

hotel sekeping koh hengDalam kawasan Koh Heng, ada hotel yang special disebabkan gayanya, iaitu hotel Sekeping Koh Heng.

Di bawah hotel ini ada satu lagi kedai kopi Plan B dan pasar kraf mingguan.

Apa Lagi Kat Sini?

Untungnya orang Ipoh, Bookexcess pun baru saja membuka cawangan kedai buku mereka kat sini.

Dan berbeza dari kedai lain, ini mungkin kedai buku paling unik dan hip dalam Malaysia.

Malangnya bersepah orang masuk untuk bergambar, bukan membeli.

ipoh koh hengSelain itu ada juga kedai gunting rambut mamak yang dibuat di tengah Koh Heng sebagai simbol tradisi.

Ada juga muzium Yasmin Ahmad untuk mereka yang ingin memperingati karyawan hebat ini.

Kami cari juga legasi Melayu yang ada kat sini.

Tak berapa nak nampak, kecuali tingkap pintu yang dilekat pada dinding buat orang muda bergambar.

Apa-apa pun, kalau anda memang nak merasa ais kepal, dan nak bergambar dalam tempat yang ada old town look, ini memang tempatnya.

Oh! Sebelum kami lupa.

Lorong di tepi Koh Heng juga ada tarikan 3D yang dipanggil Funtasy House Trick Arts.

laluan pejalan kaki koh heng

 

Jomjalan