Macam kolam air panas lain kat Melaka, kolam kat Cherana Putih ini adalah kolam kecil-kecilan untuk orang Melaka dan orang luar.
Dan macam tempat lain juga, ia ikut konsep macam Toji bath kat Jepun.
Beberapa tahun dulu, kolam yang dekat dengan exit Tol Simpang Ampat ini macam dibiar tak terjaga. Tapi sejak 2019, kawasan kolam air panas ini dibaik pulih dan dihidupkan semula.
Hasilnya, ini antara tempat mandi air panas yang paling bersih yang ada kat Melaka.
Kalau anda datang bercuti ke Melaka dengan mak ayah, boleh difikirkan datang kat sini. Boleh rendam kaki tangan buat reda sikit sakit lutut mereka.
Tips
- Siapkan makanan sebab tak ada makanan dijual kat sini (semasa post ini kami tulis).
- Makanan luar boleh dibawa masuk untuk piknik dalam ini.
- Ia dekat dengan tol Simpang Ampat. Jadi boleh juga datang main air atau layan safari kat A Famosa Resort atau shopping kat Freeport A Famosa.
- Dekat kawasan ini juga ada kubur purba yang dipanggil Megalith Dato Tua. Tapi ia tak dijaga ataupun dikaji secara terperinci.
Harga Tiket
Dewasa (RM) | Kanak-Kanak (RM) | |
---|---|---|
Warganegara / Pelancong Asing | 6.50 | 3.50 |
Waktu Operasi
Isnin – Jumaat :9 pg – 11.00 mlm
Sabtu, Ahad : 9 pg – 12.00 tgh mlm
JomJalan Seluruh Melaka
Tempat menarik kat Melaka
Promo hotel, tarikan Melaka
Layan kedai makan sedap Melaka
Hotel terbaik Melaka pilihan kami