Tentang Tarikan Ini :
Penting : Tarikan ini ditutup sementara untuk kerja kemaskini sehingga 2023.
Terletak di Alor Gajah (30 km atau 45 minit dari bandar Melaka), kolam Air Panas Gadek ini pilihan untuk anda rasa air panas semulajadi selain di Jasin.
Kat sini ada sejumlah 16 kolam. Ada kolam yang besar untuk anda berendam dan kolam-kolam kecil untuk anda letak kaki. Kolam yang besar, lebih panas selalunya dari kolam kecil. Jadi jangan pula datang dan terus terjun tiruk dalam kolam besar.
Berapa panas air kat sini? Dalam 56 darjah bang Dolah. Cukup untuk buat muka abang merah macam udang kena bakar kalau lama sangat.
Tempat ini sudah lama. Dan kemudahan yang ada terhad. Datang kalau anda memang mencari kolam air panas untuk sakit tulang atau kaki anda. Tapi kalau saja nak tengok panorama, ini mungkin bukan tempatnya.
3 Tarikan Paling Top Kat Melaka
Lumut Hijau Dalam Air?
Untuk mereka yang jarang ke kolam air panas, warna air yang keruh mungkin menggusarkan. Apa lagi bila nampak lumut hijau dalam kolam.
Dalam kepala anda satu. Mengapa kotor sangat kolam ini? Tak dibersihkan ke?
Mengikut pihak yang menguruskan kolam, ini memang gumpalan semulajadi disebabkan belerang semulajadi yang ada dalam air ini.
Itu sebab airnya kadangkala boleh jadi jernih, dan ada waktu kehijau-hijauan.
Tips Pengunjung
- Malam adalah waktu terbaik ke sini (kalau boleh). Sebab kurang orang.
- Anda mungkin perlu bawa makanan sendiri kalau ke sini. Bukan apa, kalau anda lapar, anda kena keluar dari sini untuk cari tempat makan dalam kawasan.
- Tandas terhad. Sementara ia dalam kemaskini, hanya ada tandas yang dikongsi untuk lelaki dan wanita.
Harga Tiket
Harga Tiket | Dewasa (RM) | Kanak-Kanak (RM) |
---|---|---|
Warganegara | 5 | 3 |
Pelancong Asing | 5 | 3 |
Waktu Operasi
24 jam