Kolam Air Panas Jasin

RM10.00

Nak merasa air panas semulajadi kat Melaka? Try pi Jasin.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
1 – 3 jam
Harga Tiket
Harga tiket bermula dari RM 10 dewasa dan RM 7 untuk kanak-kanak (pada hari biasa)
Lokasi
Kolam Air Panas Jasin, 77200 Bemban, Malacca

Add to Cart
air panas jasin 5
Kolam Air Panas Jasin
RM10.00

BERSEJARAH

Di Malaysia

Kolam Air Panas Jasin ini berada 26 km (45 minit memandu) dari pusat bandar Melaka.

Dan sebab ia kawasan air panas semulajadi yang dikatakan wujud sejak tahun 1880an lagi, ia adalah antara kolam air panas paling tua kat Malaysia.

kolam air panas jasin

kolam air panas jasin

SIANG MALAM

Buka Utk Keluarga

Istimewa lagi, waktu operasi Kolam Air Panas Jasin pun jauh lebih panjang dari kebanyakan kolam air panas di Malaysia.

Contohnya Lost World Night Spring Perak pun hanya dibuka sehingga 11 malam.

Kat sini, waktu operasinya panjang.

Ada waktu sampai 2 pagi (sewaktu post ini kami tulis).

Tiket Air Panas Jasin

Harga Tiket Walk-In

Harga Tiket (RM)DewasaKanak2
Isnin - Khamis107
Jumaat - Ahad128
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 6 Jan 2024

Aktiviti

Kat sini ada kolam-kolam air panas yang dibahagi pada 3 zon berwarna mengikut suhu air panas dalam kolam.

Tempat ini bukan sahaja ada kolam air panas yang asli, tapi untuk anak-anak ada kolam biasa dengan inflatable pool besar.

Jadi kalau depa nak merasa main gelonsor air pun boleh.

Tapi inflatable untuk anak-anak ini hanya dibuka pada Jumaat, Sabtu, Ahad dan cuti umum sahaja.

Standard Kolam

Ini kolam air panas dengan kolam inflatable yang simple.

Pendek kata ia taman tema bajet.

Dengan harga tiket yang sangat rendah, penyelenggaraannya bukan setaraf Sunway Lagoon.

Tandas terhad dan menjadi krisis bila pengunjung terlalu ramai.

Begitu juga dengan kebersihan disebabkan waktu operasi yang terlalu panjang.

Kalau anda dari Kuala Lumpur dan sudah biasa dengan taman tema bersih dan selamat, anda mungkin rasa tak selesa.

Tapi untuk kebanyakan orang kampung Melaka, ini tempat yang murah untuk anak-anak sakan bergembira.

Nota : Untuk kolam air lain yang ada dalam bandar Melaka, boleh cuba Melaka Wonderland, Bayou Lagoon dan Gold Coast Melaka. Dan untuk yang pun di luar bandar Melaka, ada A Famosa Resort.

Tips Pelawat

  • Dahulu tempat ini memang tak benarkan makananan luar masuk. Tapi sekarang anda dah boleh bawa makanan kalau mahu berpiknik di dalam. Tak payah sorok jagung bakar tu dalam selendang lagi, kak Munah.
  • Datang waktu malam kalau anda menginap berdekatan. Jumlah pengunjung kurang pada waktu ini.

Waktu Operasi

Isnin : 3 ptg – 12 tgh malam
Selasa, – Ahad : 9 pg – 12 tgh malam