Kompleks HIG

Tarikan Percuma

Shopping kat HIG ini benda wajib buat kat Langkawi cuti nanti. Boleh datang siang atau pun malam hari.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
2 – 4 jam
Harga Tiket
Percuma
Lokasi
Jalan Penarak, 07000 Langkawi, Kedah

POPULAR

Milik Bumiputra

Kedai Haji Ismail ini tempat paling hit di kalangan pelancong ke Pulau Langkawi.

Pendek kata, inilah tarikan utama Langkawi nombor satu yang menyebabkan ramai kaum hawa berdikit-dikit bermain kutu.

Sekarang, Haji Ismail Group bukan sahaja ada 4 cawangan kedai, tetapi hasil β€˜sumbangan’ kita semua, ia juga ada hotel, bisnes hartanah dan juga shopping mall sendiri β€” iaitu Kompleks Haji Ismail Group.

kompleks hig

kompleks hig

TAX FREE

Banyak Pilihan

Kat kompleks milik orang Melayu ini, anda boleh shopping barang bebas cukai yang murah-murah.

Pinggan mangkuk, coklat, barangan dapur hinggalah kepada kain pelikat dan minyak gamat β€” semuanya ada Kak Munah.

Kalau dulu, susahnya shopping bersesak-sesak di pekan Kuah. Tapi sekarang, dengan kompleks HIG ini, semuanya mudah.

Dan nak buat semuanya senang, kat tepi kompleks HIG ada hotel Haji Ismail pula. Celik mata, pagi-pagi boleh terus jadi orang pertama belek Corelle pula.

Tentang Haji Ismail

Haji Ismail ini asalnya dikatakan, seorang peniaga durian. Apabila tanah Langkawi naik harga disebabkan dibeli untuk hotel dan resort, beliau adalah antara OKB (orang kaya baru) Langkawi.

Akan tetapi tidak seperti kebanyakan OKB, Haji Ismail pandai berniaga, antara lain, disebabkan rakan-rakannya ada juga orang Cina.

Wang yang beliau dapat, beliau gunakan untuk perniagaan sehingga menjadi apa yang anda lihat sekarang.

Dengan kejayaan Haji Ismail Group (HIG), beliau menjadi antara orang Melayu paling kaya di Langkawi, begitu juga anak-anak beliau yang menaikkan lagi perniagaannya dengan hotel dan perniagaan lain.

Menurut akhbar The Star, hasil jualan coklat HIG sahaja, dianggarkan RM 2 juta sebulan. Ini belum lagi dikira produk lain seperti Corelle etc.

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Kompleks HIG Kompleks HIG
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)