Isi Kandungan :
Seperti kompleks Kraf lain dalam Malaysia, tempat ini bukan sahaja ada menjual kraftangan tapi juga ada demonstrasi kraf dan kelas kalau anda mahu mencuba.
Kat Kompleks Kraf Langkawi ini ada labu sayung, baju dan kain batik, lukisan, barang aksesori sampailah ke barang anyaman macam bekas menyimpan dan bubu.
Tempat ini juga besar, jadi boleh datang ambil masa sambil belek-belek apa yang ada. Cuma mungkin disebabkan kurang promosi ataupun sebab faktor lokasi, tempat ini tak sesak macam kompleks HIG.
Dan satu jangan lupa. Oleh kerana kompleks kraf sebegini ditujukan pada pelancong asing, harga barang yang dijual di sini mungkin premium untuk orang Malaysia.
3 Tarikan Paling Top Kat Langkawi
Tapi kalau anda tak kisah dengan harga dan mahu beli hasil seni tangan orang kita dalam satu bumbung sahaja, ini mungkin tempatnya.
Tarikan Berdekatan
Kat belakang kompleks kraf ini ada Faizy Crystal yang ada showroom dan juga bengkel membuat kristal.
Boleh singgah kalau nak tengok cara lama orang tiup kaca untuk jadi barang perhiasan.
Bertentang dengan Komplek Kraf ini juga ada Taman Awam Teluk Yu. Boleh ambil angin tengok suasana pantai yang memang tak sesak macam Cenang.
Harga Tiket
Percuma
Waktu Operasi
Setiap Hari : 10 pg – 6 ptg