Isi Kandungan :
Jika anda mahukan batik lukisan tangan yang eksklusif, kompleks ini ada pelbagai pilihan jenis produk batik untuk anda bawa pulang. Jika anda teringin melukis batik sendiri, ia juga ada kelas melukis batik untuk anda.
Antara pilihan batik di sini termasuklah batik lelaki berlengan panjang, batik bergaya melayu tradisional hinggalah ke tudung batik kaftan.
Reka Batik Sendiri
Kalau anda mahu mencanting batik, Noor Arfa mempunyai tukang-tukang mahir yang boleh membantu. Anda akan diajar pelbagai teknik sehingga anda boleh mencanting karya batik anda sendiri untuk dibawa pulang. Sila telefon dahulu untuk tempahan.
Untuk Peniaga
Jika anda peniaga, anda juga boleh menempah batik buatan tangan secara borong.