Kompleks Kraf

Tarikan Percuma

(3 review)

Suka seni? Datang kat pusat sehenti kraf Kuala Lumpur ini.

Harga tiket walk-in
Percuma
Anggaran Masa Utk Aktiviti
1 – 2 jam
Lokasi
Kompleks Kraf, Jalan Conlay, Kuala Lumpur

TARAF KEBANGSAAN

Pameran

Selain menjadi pusat kraf, kompleks ini juga menjadi menjadi tuan rumah acara-acara peringkat kebangsaan.

Ini termasuk acara tahunan seperti Hari Kraftangan Kebangsaan, pertunjukan kebudayaan mingguan di Laman Wau dan kraftangan demonstrasi harian di Kampung Kraf.

kompleks kraf

kompleks kraf

ROMBONGAN

Seni Untuk Semua

Diuruskan oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, kompleks seni yang besar ini lazimnya dilawati oleh kumpulan pelancong asing.

Tapi, kalau anda datang berkeluarga dan memang keluarga yang sukakan kraf dan seni, ia juga antara juga antara tempat yang boleh dilawat sebelum meninggalkan kota ini.

INTERAKTIF

Join Kelas

Selain melihat dan membeli, anda dan keluarga juga boleh mengikuti kelas di sini.

Antara workshop yang ada termasuklah mencanting dan mewarna batik, copper tooling, sehinggalah belajar seni tampal dan mewarna tembikar.

Aktiviti hands-on ini memang lazimnya popular untuk rombongan.

kompleks kraf

Tarikan Utama

Ada 4 tarikan utama di Kompleks Kraf:

1. Muzium Kraf
Bersebelahan dengan kompleks ini ada muzium khas yang memaparkan koleksi pelbagai kraf logam, tekstil dan artifak oleh tukang-tukang dari Malaysia.

Semua maklumat proses penghasilan ditunjukkan dalam bentuk diorama, lengkap dengan sejarah, teknik dan bahan-bahan yang digunakan.

2. Kampung Kraf
Kat sini, kanak-kanak dan orang dewasa boleh belajar tentang kraftangan Malaysia melalui demonstrasi & sesi amali.

Pelawat boleh belajar cara mencanting batik dan membuat tembikar atau menonton proses ukiran kayu dan membuat pewter.

3. Koloni Artis
Anda boleh melihat kerja 22 artis residen di sini. Kompleks ini juga antara tarikan di Kuala Lumpur yang ada menjalankan kelas kraf formal.

4. Butik Kraf
Kat sini anda boleh membeli kraftangan Malaysia pada harga yang lebih murah dari harga pasaran.

Kraf yang dijual termasuk perhiasan peribadi, anyaman raga, cenderamata, tekstil & hadiah korporat.

3 review utk Kompleks Kraf

3.3
Berdasarkan 3 review
5 bintang
33
33%
4 bintang
0%
3 bintang
33
33%
2 bintang
33
33%
1 bintang
0%
1-3 dari 3 review
  1. Tempat menarik tp kurang pengunjung. Penganjur kena war2kan lagi.
    Makanan kt kantin sedap2 dan murah.

    Nak ke sana pun senang,hanya menggunakan perkhidmatan mrt

    (0) (0)
  2. Boleh la nak cari barang kraft. Soal harga, tak sesuai untuk rakyat Malaysia. Harga untuk pelancong luar negara sangat sesuai..

    (0) (0)
  3. Maaf… Sangat sedih n kurang memuaskan…
    Jualan terlalu high class… Hanya mampu pandang sje…
    Tmpt parking berbayar…ermm.. hope dpt improved dri masa akan datang…☺️

    (0) (0)
Masukkan ulasan
Kompleks Kraf Kompleks Kraf
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)