Kompleks Sejarah Pasir Salak

Tarikan Percuma

Tempat ini merakam peristiwa bersejarah di pinggir sungai Perak.

Penting
Tempat ini jauh dari lebuh raya Utara Selatan, ataupun dari Ipoh. Dan tiada tarikan lain di sini yang berbaloi untuk anda lawat.
Anggaran Masa Utk Aktiviti
15 – 45 min
Harga Tiket
Percuma. Bayaran hanya untuk terowong sejarah
Lokasi
Kompleks Sejarah Pasir Salak, Kampung Gajah, Perak

Add to Cart
kompleks sejarah pasir salak diorama
Kompleks Sejarah Pasir Salak
Tarikan Percuma

PEMBERONTAKAN

Lawan Penjajah

Kawasan ini dikatakan kawasan di mana residen Inggeris, JWW Birch mati di bunuh orang Perak.

Disebabkan peristiwa inilah, Sultan Perak dibuang negeri jauh ke pulau Seychelles.

kompleks sejarah pasir salak

kompleks sejarah pasir salak

SUNYI

Kurang Popular

Di sini ada batu peringatan insiden pembunuhan ini.

ia juga ada terowong sejarah yang merakamkan maklumat tentang apa yang terjadi sebelum, semasa dan selepas pembunuhan JWW Birch.

Selain itu ada rumah Kutai, iaitu rumah tradisi Perak dan ada diorama yang mengisahkan sejarah latarbelakang insiden yang bersejarah ini.

Tempat ini walaubagaimanapun agak terbiar dan selalunya sunyi, walaupun pada hujung minggu.

Tiket Kompleks Sejarah

Harga Tiket Walk-In

Harga Tiket (RM)DewasaKanak2
MasukPercumaPercuma
Terowong Sejarah42

Keris & Rumah

Salah satu bangunan di sini  ada menempatkan koleksi keris-keris dari Asia Tenggara.

Akan tetapi pada waktu kami datang, ia hanya tinggal diorama.

Sejak air sungai Perak melimpah masuk ke sini beberapa tahun dulu, koleksi keris di bahagian bawah telah ditutup.

Rumah-rumah Kutai yang ada juga dalam keadaan menyedihkan.

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Kompleks Sejarah Pasir Salak Kompleks Sejarah Pasir Salak
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)