Galeri & Sejarah
Kat sini ada beberapa galeri.
Tapi fokusnya ialah untuk perlihatkan kepada anda, bagaimana bermulanya proses menghasilkan al-Quran kat Malaysia.
Kat sini, anda boleh tengok macam-macam jenis motif-motif (hiasan tepi lembaran) Quran tercetak.
Kalau anda biasa tengok motif Arab, kat sini ada motif Quran tempatan dengan hasil seni tropika — dari pucuk rebung dan bunga lawang hingga buah manggis.
Galeri kedua yang selalu orang masuk pula ialah Galeri Nabawiyah. Tapi yang ini berbayar. Kat galeri ini, anda boleh tengok sejarah Nabi Muhammad saw.
Dari waktu kelahiran beliau, ke peristiwa penting seperti ke peperangan yang berlaku pada zamannya. Dan kalau selalu anda cuma membaca sejarah, kat sini boleh tengok diorama dan replika rumah Nabi.
Dan di sini pun ada galeri Mahabbah Al-Haramain. Ini tempat belajar sejarah dua tempat suci umat Islam, iaitu Mekah dan Madinah. Ada syiling lama, dan ada juga senjata-senjata dari kawasan itu.
Bila selesai melawat, anda boleh singgah ke kedai cenderamatanya untuk anda beli Quran dari sini.
Ada beberapa pilihan Quran, dari per kata sampai Quran saiz besar untuk mereka yang berusia.
Yayasan Restu
Tempat ini ialah di bawah satu NGO, iaitu Yayasan Restu.
Ia ditubuhkan pada 1987, dan satu-satunya tempat menghasilkan al-Quran kat Malaysia dari tulisan tangan hingga ke proses percetakan.
Quran di Malaysia hasil dari Yayasan Restu ini sebenarnya bukan sahaja untuk Malaysia, tapi beberapa negara lain seperti Brunei dan Singapura.
Dan selain penghasilan Quran, ia juga ada kolej sendiri.
Kilang Putrajaya
Hasil penyelidikan, tulisan khat dan motif yang terhasil kat Kompleks Taman Seni ini tak terhenti kat sini.
Selepas siap, ia akan dihantar ke Nasyrul Quran di Putrajaya. Kilang itu pun anda boleh lawat, dan tengok proses mencetaknya.
Dan kalau anda nak tambah lagi ilmu tentang seni dalam Islam, boleh terus masuk ke KL, dan pergi ke Muzium Kesenian Islam milik Tan Sri Mokhtar Al-Bukhary.
Naskah Sendiri
Kalau anda pernah dengar yang artis Neelofar pernah ada Quran beridentiti sendiri, ia sebenarnya adalah hasil kolaborasi dengan pihak Yayasan Restu ini.
Dan proses menghasilkan Al-Quran beliau bermula di kompleks ini.
Kalau anda pun ada dana besar dan mahu melakukan yang sama, ini lah tempat nya.
Tempat menarik, kanak2 lebih tertarik gambaran tentang Nabi Muhammad, ada 3 galeri boleh masuk, tiket masuk tiada, tetapi digalakkan brinfak (tiada paksaan), ada cafe bnyk menu, toilet bersih, kawasan sesuai utk membawa ibuayah yg berkerusi roda, parking sangat banyak, akhir lawatan blh jugak membeli kitab2 & souvenir dan kraft
Penceramah bagus mesra, dtg by group boleh tour sambil penerangan diberikan tentang Sirah Nabi, bagus tempah ni, recomanded utk membeli buku, al-quran dan bahan baca agama islam, cuma perlu diluaskan lagi marketing utk impak suasana lebih meriah dan pelbagai aktiviti
Visited on school holidays, x ramai visitor pun masa ni. Totally love it 🥰 banyak benda belajar 🫶🏻
Sempat solat zohor kat floor atas sekali but tandas seram sebab takde org 😂 tp clean je 👍🏻
Sesuai juga bawa kids kalau ada, can learn lot of things pasal keluarga Nabi dan sahabat 🫶🏻 Recommended 👍🏻 and it’s free 😍
Tempat yg menarik utk revise balik sejarah islam yg pernah belajar khususnya ttg Rasulullah👍 rehlah nabawiyah 3d menarik sekali kurator utk jelaskan setiap bahan yg dipamerkan
Berbagai jenis al quran di jual dan pameran ttg islam dahulu..ada ruangan solat di tingkat atas ada lift utk pengunjung dan di bwh ada kantin .