PERTAHANAN
Penjajah Melaka
Ini sebenarnya kubu tentera Portugis.
Dan sebenarnya dibina dengan menggunakan kira-kira 400 orang hamba kepunyaan raja Melaka.
Kubu ini dibuat sebaik sahaja Portugis berjaya menewaskan raja Melaka dan mereka yang ditawan dipaksa menyiapkan kubu ini.
Dan zalimnya lagi Portugis ini, apabila banyak bahan binaan kubu ini diambil dari batu-batu masjid dan batu kubur yang dibongkar.
KUBU KUAT
Dikawal Ketat
Sewaktu zama kegemilangannya, kota empat segi ini ada 8 menara kawalan.
Tinggi menara ini sama dengan bangunanan 4 tingkat.
Ada 70 meriam yang dihala ke seluruh arah dan dikawal oleh 80 pengawal sepoi yang lengkap bersenjata.
Kota tebal ini juga ada kediaman kapten Portugis, stok menyimpan senjata dan makanan selain dari menjadi tempat kediaman pengawal dan kuda perang.
UTUH
Ratusan Tahun
Kota ini bukan main kuat.
Walaupun Belanda, Johor dan Acheh terus menerus cuba mengambil Melaka dari Portugis, tapi kesemuanya gagal.
Dengan kota ini Portugis berjaya bertahan di Melaka selama lebih 100 tahun.
Kota ini hanya jatuh setelah Belanda dan Johor bersatu, dan mengepungnya dari laut dan darat selama 7 bulan.
Review
Jadi yang pertama beri review