Kota Kinabalu Waterfront

Tarikan Percuma

Singgah untuk bersantai malam di bandar KK bah!

Anggaran Masa Utk Aktiviti
30-45 min
Harga Tiket
Percuma
Lokasi
Kota Kinabalu Waterfront, Jalan Tun Fuad Stephens, Kota Kinabalu, Sabah

SUASANA LAUT

Ambil Angin

Bukan Kuching atau Penang sahaja ada kawasan bersantai yang mengasyikkan.

Kota Kinabalu pun ada, itupun kalau anda tidak kisah dengan bar-bar di tepi kawasan ini.

Untuk yang seharian mandi dan layan snorkeling kat Sapi atau Manukan, berehat kat tepi laut sambil tengok matahari terbenam dan pulau memang cukup best.

kota kinabalu waterfront
Kredit : mizmel79

DEKAT SINSURAN

Senang Layan

Tempat ini tidak jauh dari Pasar Malam Sinsuran.

Jadi kalau anda sudah makan banyak, bolehlah ke sini, berjalan sedikit sambil jamu mata dengan suasana malam bandar Kota Kinabalu.

Angin laut, seperti kebanyakan kawasan tepi pantai bandar ini memang mengasyikkan.

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Kota Kinabalu Waterfront Kota Kinabalu Waterfront
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)