Kota Kinabalu Wetlands

RM5.00

Kawasan paya ini kawasan penting untuk burung-burung yang boleh anda kunjungi.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
1 – 2 jam
Harga Tiket
Harga tiket bermula dari RM 5 dewasa dan RM 3 kanak-kanak
Jarak dari Kota Kinabalu
4 km / 10 min
Lokasi
Jalan Bukit Bendera Upper, Kampung Likas, 88400 Kota Kinabalu, Sabah

Add to Cart
kk wetland kid @simonenderby
Kota Kinabalu Wetlands
RM5.00

PAYA BAKAU

Penting di KK

Kawasan pesisir Kota Kinabalu satu masa dulu keadaannya hampir sama dengan kawasan Kota Kinabalu Wetlands. Jadi kalau anda ingin lihat keadaan asal bandar ini anda wajib ke sini.

Kawasan hutan paya yang tenang ini adalah kawasan berehat burung burung yang berhijrah, reptilia reptilia dan juga anak-anak ikan.

Kalau anda mahu melihat burung burung yang berhijrah antara waktu yang terbaik datang ialah sekitar bulan September ke April.

Selain daripada waktu itu anda boleh datang melihat sendiri di kawasan paya bakau dengan berjalan-jalan di atas platform kayu yang disediakan.

kota kinabalu wetlands
Kredit : uido.pl/

PECINTA ALAM

Ada Platform

Seperti mana-mana kawasan paya bakau di Malaysia, bersedia untuk berjalan di atas platform kayu yang reput dan rosak.

Untuk mereka yang tidak tahu dan mengadu tentang adanya sampah di paya bakau ini, memang inilah antara fungsi paya bakau.

Selain menjadi penghalang hakisan pantai, kawasan berehat untuk burung-burung, ia juga adalah penapis semulajadi sampah dan kotoran laut.

Apa pun ia bukan satu tarikan wajib tuju di Kota Kinabalu. Tapi kalau anda sudah bosan dan tidak ada aktiviti lain, atau memang pencinta burung tempat ini boleh dipertimbangkan untuk anda datang.

Tiket Kota Kinabalu Wetlands

Harga Tiket Walk-In

Harga Tiket (RM)DewasaKanak-Kanak
Warganegara53
Pelancong Asing1510
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 10 Jan 2023

Waktu Operasi

Isnin : Tutup
Selasa – Ahad : 8 pg – 6 ptg

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Kota Kinabalu Wetlands Kota Kinabalu Wetlands
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)