Kota Tinggi Firefly Park

RM25.00

Kat sini ada tempat tengok kelip-kelip bersinar macam emas kat pokok Krismas.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
1 – 2 jam
Harga Tiket
Harga bermula dari RM 25 dewasa dan RM 15 kanak-kanak utk hari biasa
Lokasi
Lot 1336, Jalan Bypass, 81900 Kota Tinggi, Johor Malaysia.

Add to Cart
kota tinggi firefly jb
Kota Tinggi Firefly Park
RM25.00

UNGGAS

Susah Jumpa

Kalau nak tengok kelip-kelip, tak perlu ke Sabah atau Sarawak.

Kat Semenanjung pun ada.

Dan kalau anda kat Johor Bharu, tempat paling dekat ialah kat Kota Tinggi Firefly Park.

kota tinggi firefly park

kota tinggi firefly park

KOTA TINGGI

Popular Utk Bangsa Cina

Ia milik bangsa Cina.

Jadi, kawasan restoran dan jetinya dihias tanglung, dan menu kat restoran tebing sungainya memang bukan menu bangsa mereka.

Sebelum naik bot, kalau anda datang dengan anak-anak, mereka boleh layan binatang macam arnab dan kambing kat zoo mini kat sini. Tempatnya kecil sahaja buat si cilik anda tak bosan.

Tiket Firefly Park

Harga Tiket Walk-In

Harga Tiket (RM)DewasaKanak2
Warganegara2515
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 12 Feb 2025

Cruise Anda

Kat sini anda bakal berkongsi dengan pelancong-pelancong untuk naik satu bot besar dan lalu masuk ke sungai yang ditebingnya pokok bakau.

Setiap malam, kalau cuaca baik, akan ada 3 trip, bermula dari pukul 7:30 malam.

Dari kawasan jeti yang cerah, bot anda akan masuk ke kawasan sungai dalam keadaan gelap gelita.

Kelip-kelip bakal ada di sekitar tebing sungai anda, dan kalau bot anda cukup dekat dengan tebing, ia mungkin bakal tersesat ke dalam bot.

Trip melihat kelip-kelip yang terasa macam masuk alam fantasi ini bakal anda rasai sekitar 30 – 45 minit.

* Kami sarankan anda telefon 017-460 7775 untuk pastikan bot ada sebelum anda datang. Bot hanya berlepas jika ada 6 orang ke atas dalam satu trip.

Waktu Operasi

Setiap Hari : 6 ptg – 9 mlm

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Kota Tinggi Firefly Park Kota Tinggi Firefly Park
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)