Kuching Waterfront

Tarikan Percuma

Kuching waterfront sejauh 1km ini adalah lokasi wajib tuju untuk anda bersantai dan bersiar-siar dengan keluarga sambil dibuai bayu sungai.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
1 – 2 jam
Harga Tiket
Percuma
Lokasi
Kuching Waterfront Jalan Main Bazaar, Kuching, Sarawak, Malaysia

PERSISIR PANTAI

People’s Place

Dibuka pada 1993, ia juga digelar People’s Palace kerana ini merupakan tempat warga Kuching berjumpa pada waktu petang dan malam.

Oleh kerana ianya berada di pesisir sungai dan jaraknya yang agak panjang, anda bukan sahaja dapat bersiar-siar tetapi juga melihat pelbagai bangunan bersejarah.

Ada rumah tahanan zaman Raja Brooke hinggalah ke Square Tower yang digunakan untuk meninjau pergerakan musuh oleh askar Brooke.

Jika anda datang dengan perut lapar, anda boleh saja menjamu selera di benteng sungai.

Dan kalau anda ingin ke seberang dan mencari terubuk masin atau kek lapis, ada sampan-sampan kecil yang boleh membawa anda ke seberang dengan tambang sekitar RM1

kuching waterfront
Kredit : harisrahmankl

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Kuching Waterfront Kuching Waterfront
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)