Kuso Trick Art Gallery - tempat menarik untuk selfie/ bergambar di johor bharu

Kuso Trick Art Gallery

[TELAH DITUTUP] Kuso Trick Art Gallery di Taman Mount Austin, Johor Bahru ini adalah galeri 3D yang dibina di kawasan yang agak terpinggir dan jarang dikunjungi orang ramai.

Penting: Tarikan ini telah ditutup. Maklumat di sini adalah untuk rujukan sahaja.

Namun begitu, kewujudan galeri baru ini telah berjaya memberikan kawasan ini satu nafas baru.

Ada pelbagai lukisan minyak 3D yang unik dan realistik dilukis pada dinding-dinding galeri ini untuk membuatkan anda terasa seolah-olah berada dalam situasi yang sebenar.

Ada pelbagai tema dan konsep yang menarik seperti ‘Be Funny’, ‘Horror Room’, ‘Romantic Love’, ‘Kindergarden’ dan sebagainya untuk anda lawati dan bergambar dengan aksi anda tersendiri.

Tempat ini sesuai jika anda ingin pergi berkumpulan kerana anda pastinya akan tertawa bersama dan semakin mesra apabila melihat gelagat masing-masing bergambar dengan lukisan-lukisan 3D yang ada di sini.

Maklumat Pengunjung

1. Anda harus berinteraksi dengan lukisan supaya kelihatan seperti anda sebahagian dari gambar tersebut. Pastikan anda membawa kamera beresolusi tinggi supaya dapat mengabdikan memori dan pengalaman istimewa di sini.

2. Di sini terdapat topeng jika anda tidak mahu gambar anda menunjukkan wajah anda. Ada juga alat-alat prop untuk anda menyerlahkan gambar anda untuk kelihatan menarik bila anda beraksi.

Harga tiket

Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Tiket Masuk2216

*Kanak-kanak bawah 110cm masuk percuma.

JomJalan Seluruh JB

Senarai tempat menarik di JB
Hotel terbaik pilihan kami
Promo hotel, tarikan Johor
Layan kedai makan sedap JB

 

Jomjalan