kolam air la stella waterpark

La Stella Waterpark

Kolam air mini ini tak besar mana, tapi sesuai untuk si kecil mandi manda.

Taman air La Stella yang dibuat dalam Starhill Golf & Country Club ini adalah kawasan main air untuk orang tempatan.

Sebab saiznya terhad dan tak berbaloi datang bercuti ke Johor semata-mata untuk ke sini.

La Stella ini ada 2 kolam air sederhana besar untuk mak ayah dan anak-anak.

Selain dari kolam dan gelongsor air yang ringkas, kat sini juga ada inflatable pool yang diletak kat kawasan padang Country Club ini.

starhill la stella waterpark

Kalau anda suka main golf, tempat ini mungkin cocok sebab anak isteri boleh main air sementara anda menghayun kayu golf.

Tapi kalau tidak, kami harganya memang agak tinggi untuk kemudahan yang ada.

Tempat Main Air Lain di JB

Ada beberapa tempat yang boleh anda layan. Untuk yang percuma dan khas untuk anak kecil, anda boleh ke Hutan Bandar. Tapi airnya tak sejernih yang ada kat Forest City.

3 Tarikan Paling Top Kat Johor

Untuk betul sakan main air, anda boleh layan Austin Height Park ataupun taman air kat Legoland.

Dan kalau nak layan laut, boleh memandu 1 jam dari JB terus ke Desaru. Kat sini ada taman tema Desaru Coast Adventureland yang ada wave pool gergasi.

Waktu Operasi

Tutup Isnin (kecuali pada cuti sekolah)
Selasa – Jumaat : 11 pg – 7 ptg
Sabtu, Ahad & Cuti Umum: 9 pg – 7 ptg

Harga Tiket

Harga Tiket Walk-InDewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Selasa - Khamis1510
Jumaat & Hujung Minggu2512
Cuti Umum / Sekolah2512
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 1 Jan 2024

JomJalan Seluruh JB

Senarai tempat menarik di JB
Hotel terbaik pilihan kami
Promo hotel, tarikan Johor
Layan kedai makan sedap JB

 

Jomjalan