LADANG KELAPA
Tempat Minum
Ini ladang kelapa, dan juga tempat minum coconut shake atau air kelapa muda.
Suasana redup saja.
Dan meja pun banyak ada kat bawah pokok kelapa.
Memang syahdu lepak dengan member atau keluarga.


SUASANA KAMPUNG
Buka Hujung Minggu
Ada sikit vibe balik kampung masa raya.
Cuma jalan ke sini jenis jalan tali air. Jadi sempit, dan tepi parit.
Kena jaga-jaga takut kereta masuk dalam air.
Dan satu lagi, ia buka masa hujung minggu saja.
Parking tepi jalan jee, kalau nak datang tak nak ramai orang datang tengah hari parking tak jauh sangat senang dapat parking.
Ada gerai jual buah, gerai coconut shake harga special Rm10, kelapa pulak Rm6, ada jugak gerai makanan ringan dijual oleh orang melayu dekat situ, dan ada juga sesi bergambar dengan burung kakak tua skeping gambar Rm10..
Overall ok lah kalau nak lepak kejap singgah minum..
Salah satu tempat tarikan di Sekinchan, tapi saya tidak tertarik langsung.
Menu yang ada disini adalah pelbagai, Coconut Shake menjadi pilihan utama.
Juadah di sini hanya biasa-biasa saja.
Untuk melepak dan menikmati suasana, dijemput untuk kunjungi di sini.
Datang seawal pagi jam 10 untuk tidak merasa bahang tengah hari.
Cantik bila stall makanan dan meja-meja makan, dikelilingi pokok kelapa. Pelbagai makanan yang sedap, antaranya pecal ayam, laksa, goreng pisang dan cempedak.
Semestinya ada air kelapa fresh dan shake. Disediakan hiasan laman sebagai lanskap dan juga tempat bergambar.
Tips** cuba ke sini sebelum 11 pagi. Supaya dapat parking. Parking hanya ada di tepi2 jalan, lorong kecil nak masuk ke sini sahaja. Kena jalan jauh, bila tiada ruang parking. Dengan.. nanti nak keluar susah, sebab 1 hala je lorong.
Ada pakcik jual bendi di depan pintu masuk. Murah dan bendi muda2 (disekitar kawasan, ada banyak ladang bendi)
Jauh ke hujung , tapi tempat nya tak crowded sangat dan mudah parking masa aku datang pukul 3 hari ahad 13 ogos 2023 dimana esoknya isnin Selangor cuti.
So far tak crowded sangat dan mudah. Cuma sini nak makan jangan fikir sedap sebab ini santai punya style. Ada sini goreng pisang , keropok , nasi lemak , kerabu maggi dan air kelapa.
Harga okay lah tak mahal tak murah dan rasa biasa je. Senang cerita mai sini nak suasano je dan kalau nak kenyang makan tempat lain.
Air kelapa Rm6 sebiji. Coconut shake rm8, tambah Aiskrim 1 scope rm10. Lebih malang, tiada pilihan air bancuh. Terpaksa beli air kelapa, Coconut shake atau mineral water untuk mengelakkan tercekik.
Harga makanan di sini tak murah dan tak mahal. Terpulang kepada anda nak makan untuk kenyang atau lapik perut semata.
Yang best, datang ke sini sebab nak kan suasana je. Boleh selfie sepuasnya.