LADANG TEH
3 Cafe Utk Dipilih
Ladang Teh Bharat yang dahulunya dibuka oleh seorang pendatang India ini adalah ladang teh kedua terbesar di Cameron Highlands selepas ladang teh Boh.
Juga dipanggil Cameron Valley, ladang teh syarikat ini kini ada 3 lokasi cafe berbeza untuk anda lawat.
Melawat cafe dan ladang teh kepunyaan mereka pun lebih mudah dari Sg Palas miilk Boh kerana ia tepi jalan besar.
Dan antara semua, stesen no 1 menjadi pilihan ramai kerana viewnya yang lebih cantik.
ADA KAFE
Jamu Selera
Seperti kebanyakan ladang teh lain, ia juga ada kafe untuk anda menjamu selera sambil melihat panorama menghijau ladang teh.
Bezanya, sesuai dengan sejarahnya yang ada susur galur India, teh disini unik.
Bukan apa, selain dari teh biasa, anda boleh merasa teh citarasa Sri Lanka atau India — contohnya teh rempah masala atau berperisa buah pelaga. Layan weh!
ISI PERUT
Lauk Melayu & Western
Tak mahu makan scones dan roti? Jangan risau.
Ada juga karipap dan nasi lemak untuk anda isi perut.
Makanan harga affordable utk mkn scenery ladang teh dan suhu sejuk. harga masuk utk bergambar RM4/dewasa. buggy RM20 utk turun ke bawah ladang.
Tea house 1 adalah point untuk ke turun ke bawah valley, buggy ride RM20 kurang dari 5min, boleh je jalan kaki sebenarnya.. tu pun kena bayar entrance RM4, selain ladang teh dan fake air terjun tiada landskap lain, photobooth pun deco guna bunga plastik.
Too commercialized but a great view nevertheless.
Langit cerah sebab baru lepas hujan
Tengok sampai sini je, free.
Nak masuk dengan jalan kaki RM4.
Nak masuk dengan buggy ride, RM20.
Ada palang dan security jaga,
‘Dik, nak masuk bayar ya’
Offlimit sampai palang / longkang tu je.
Sini pun ada jual teh berperisa jenama Cameron Valley
View cantik, boleh naik buggy atau jalan ke bawah. Ada bayaran ya.
Weekend ramai, parking boleh tahan la banyak jugak. Ada orang jaga. Boleh makan2 dan beli teh. Sama ja macam BOH. Cuma ni tepi jalan.
Dtg time weekday so selesa xramai org compare dgn teahouse 2. Order scone (5/5), masala tea, ginger tea & ginger tea semua sedap.
Souvenir shop maybe kecil sikit compare dgn dekat teahouse 2.
Toilet pun bersih, byk & cantik.