Ladang Teh BOH

Tarikan Percuma

(8 review)

Ladang Teh Boh Sungai Palas ini antara ladang teh terbesar di Asia Tenggara. Dan tarikan wajib bila anda ke Cameron.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
1-3 jam
Harga Tiket
Percuma
Penting
Laluan ke sini sempit dan berliku.
Lokasi
Sungai Palas, Cameron Highlands, Pahang

Add to Cart
boh tea plantation
Ladang Teh BOH
Tarikan Percuma

GALERI PELAWAT

Layan View

Ladang Teh BOH ini ada galeri pelawat dan kilang teh.

Tapi kalau anda cuma mahu melayan panorama, anda boleh saja berehat di anjung kafe sambil minum teh dan makan kek lobak di dalam suasana aman.

ladang teh boh

ladang teh boh

JALANRAYA MENCABAR

Ramai Datang

Cuma masalah tempat ini satu. Tidak seperti Ladang Teh Bharat, jalan ke sini mencabar dan sempit.

Jangan patah semangat ya. Ramai pelancong sebenarnya datang ke sini setiap hari — dan buktinya ialah anda bakal berselisih dengan kereta lain dan bakal beratur panjang di kafe.

Pakej Ladang Boh

Pakej Online

Tour Promo Online
Harga Pakej (RM)
65Tempah

Tips Pengunjung

  • Datang awal pagi kalau anda mahu melihat teh diproses dari daun hinggalah ke serbuk. Bukan apa, proses ini selalunya berakhir pada jam 11 pagi.
  • Jalan masuk ke ladang ini seperti lorong kecil. Papan tandanya pun tersorok. Perlahankan kenderaan dan lihat papan tanda di kiri selepas Pekan Brinchang.
  • Jauh dari jalan besar Cameron ke pintu masuk ke ladang teh sekitar 3km. Masanya kira-kira 15 minit. Jalan yang sempit ini keadaannya seperti ular dipalu. Jadi hati-hati, bertolak ansur dan bunyikan hon di selekoh tajam.
  • Siapkan duit ya? Harga makanan di ladang ini bukanlah murah. Jika berdua, sediakan sekitar RM50 untuk teh dan kek.
  • Kalau dah biasa ke sini, mungkin nampak satu jalan lain yang naik ke arah gunung. Jalan itu sebenarnya ke Mossy Forest.
  • Kalau tak sanggup lalu jalannya, boleh saja pergi ke tarikan lain Cameron yang di tepi jalan – macam Mardi Agro Farm ataupun Cameron Lavender.

Waktu Operasi

Tutup : Isnin
Selasa – Ahad : 9.00pg – 4.30ptg

8 review utk Ladang Teh BOH

4.8
Berdasarkan 8 review
5 bintang
75
75%
4 bintang
25
25%
3 bintang
0%
2 bintang
0%
1 bintang
0%
1-5 dari 8 review
  1. 14sept24.School holiday. Tidak sesak. Sangat selesa. Makanan banyak pilihan. Kerusi makan mudah dapat.

    Keadaan bersih. Lantai sahaja kurang bersih sisa makanan tidak disapu. Parking pun tidak penuh. Saya cadangan tolonglah pihak management sediakan shuttle berbayar untuk orang yang malas mendaki ke atas. T0l0ng…

    Overall bila tak ramai orang semuanya smooth je..jalan nak ke sini sempit jadi cuba tolerance dengan semua orang.

    Staircase pit stop tambah lagi back ground yang warna warni untuk kita ambil picture menarik.

    Tempat letak kereta: For oku driver ada parking di atas. Untuk pelawat sihat sila parking jauh dari cafe di bawah dan mendaki..

    Mesra kanak-kanak: Anak anak sesuai ke sini

    Kebolehaksesan kerusi roda: Pengguna wheelchair boleh datang ke sini.

    (0) (0)
  2. Kena pergi hari biasa bru sdp xbrp nk ada org…

    1st time g sini jalan dia dh mcm pegi fraser keciknye..

    Makanan semua okay cuma parking dkt ngn cafe xbyk kne parking kt bwh n naik tangga g atas

    (0) (0)
  3. Tempat yg menarik utk dikunjungi jika sampai Cameron..

    Kena dtg awal utk elak sesak masa nak lepak dkt cafe dia..sb kalau waktu cuti beratur panjang nak makan dekat cafe dia..

    Pergi sini agak mencabar sb kena daki tangga utk sampai puncak tp utk warga emas boleh dropp off dekat atas terus..

    Pemandangan dia sgt la cantik dan segar

    (0) (0)
  4. Makanan baik. Cuma tujuan sebenar disini bukanlah makanan tapi minuman. Menghirup teh panas adalah keutamaan.

    Servis agak perlahan. Mungkin kerana ramai orang, kena beratur panjang. Sistem layan diri. Order dan ambil makanan sendiri.

    Suasana terbaik. Dapat meja di tepi sekali memang asyik. Sambil angin sejuk menghembus pipi, minum teh panas oh asyik sekali.

    (0) (0)
  5. Pemandangan cantik sejuk dan berkabus.

    Sarapan pagi 👍 service 👍 walaupun kami beratur panjang untuk bayar cuma meja makan tidak boleh menampung pengunjung yang datang terutama musim cuti sekolah/ umum.

    Terdapat kilang kecil utk proses mengasingkan daun teh dan di keringkan. Perlu datang seawal pagi untuk lihat pemandangan matahari terbit.

    (0) (0)
Masukkan ulasan
Ladang Teh BOH Ladang Teh BOH
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)