Tentang Tarikan Ini :
Ini kawasan bergambar buat muda mudi kat kawasan Shah Alam.
Ia kat lorong belakang kedai-kedai Seksyen 7 — yang terkenal dengan jenama butik baju, kain dan tudung generasi baru.
Tema kat sini pelbagai. Dari mural 3D sampai lah ke mural memperingati peristiwa penting Malaysia, macam hilang nya kapalterbang MH 370.
Lukisan dinding kat sini kebanyakannya dibuat pelukis muda.
Dan gaya kawasan ini dibuat hampir sama yang macam Street Art di Bukit Bintang sana.
Cuma disebabkan Laman Seni 7 ini sudah lama kat sini, banyak lukisannya tak lagi sesegar dulu.
Kebanyakannya sudah pudar warnanya.
Lagi-lagi selepas wabak Covid melanda dan kawasan ini lengang dari manusia.
Layan Perut Lepas OOTD
Kalau anda dah lapar lepas bergambar, ada banyak kedai makan yang dekat.
Tak perlu memandu jauh kalau nak jamu selera.
Kat kawasan ini ada Dapur Sarawak, Nasi Kukus Ayam Cincang, Wong Solo, Ayam Gepuk Pak Gembus, Nasi Kak Wok Shah Alam atau Murni Discovery.
Tips
- Kawasannya kecil sahaja. Tak berbaloi ke sini hanya untuk datang bergambar.
- Sebab adanya butik-butik kat sini, kawasan ini selalu sibuk bila hujung minggu.
- iCity Shah Alam dekat sahaja dengan tempat ini.
- Untuk bergambar lawa lain, boleh juga pertimbangkan Taman Persahabatan Jepun tak jauh dari sini.