Isi Kandungan :
PENTING: Tempat ini tutup sementara untuk kerja pembangunan bermula 1 Oct 2019.
Langkawi Nature Park ini dikira baru kalau nak dibandingkan dengan tarikan Langkawi yang ada haiwan macam Langkawi Wildlife Park dan Underwater World. Bezanya, tempat ini semacam mini zoo.
Kat dalam ini anda bukan sahaja boleh beri makan burung, tapi juga beruang. Selain binatang-bintang ini ada juga unta, harimau, monyet, ikan dan buaya.
3 Tarikan Paling Top Kat Langkawi
Tapi disebabkan kos nak memelihara binatang bukan kecil, mungkin binatang yang anda tengok di sini kurus sedikit dari yang anda tengok dalam tv.
Kawasan ini juga panas dan tak banyak teduhan. Bersedia dengan topi dan payung kalau datang.
Naik Bot ke Paya Bakau
Disebabkan ianya sudah dalam kawasan Sungai Kilim, tempat ini ada juga buat pakej untuk anda yang nak merasa naik bot ke paya bakau.
Kalau nak jimat duit, tak perlu naik bot sebab ada platform yang boleh anda guna untuk masuk kat hutan paya bakau berhampiran.
Harga Tiket
Dewasa (RM) | Kanak2 (RM) | Warga Emas (RM) | |
---|---|---|---|
Warganegara | 28 | 18 | 18 |
Pelancong Asing | 48 | 38 | 38 |
Waktu Operasi
Tutup Isnin
Selasa – Ahad : 9 pg -7 malam