SUASANA PERANG
Buat Peluh & Debar
Game perang Laser battle ini mulanya dulu kat Ipoh aje. Tapi sekarang, orang KL pun boleh layan main tembak-tembak dalam mall.
Masa mula kat Ipoh tahun 2012, inilah hotspot budak-budak Ipoh (bangsa Cina terutamanya).
Tapi bila dah heboh, semua dah mula ajak kawan masuk main.
Kalau dalam game mobile phone, anda pusing dunia tembak orang, tapi setitik peluh pun tak keluar, kat sini lain.
Jantung berdegup kencang, berjalan, berlari semua memang macam kena kejar musuh betul.
Pendek kata, ini tempat anda gerakkan muscle kaki dan jantung.


METHOD
Pelbagai Cara Game
Laser Battle ini Kak Kiah, permainan tembak-tembak berkumpulan yang high-tech.
Masa game ialah 10 minit satu game.
Anda akan disuruh pakai vest yang boleh kesan tembakan dari pistol yang anda akan guna nanti.
Cara menang game macam-macam bergantung kepada jenis game yang anda pilih.
Ada yang menang kalau anda berjaya hapuskan semua lawan, ada yang kena ambil kawasan dll. Sekarang ada lebih 50 jenis game yang ada kat Laser Battle KL.