Tentang Tarikan Ini :
Kalau anda ke Cameron Highlands ikut jalan Tapah, anda akan jumpa air terjun ini.
Ianya kecil saja.
Jadi ia jadi spot untuk singgah sebentar lepaskan lelah memandu naik turun Cameron Highlands masa cuti.
Senang Jumpa
Cuma specialnya Lata Iskandar ialah ia di tepi jalan saja, tak macam kebanyakan air terjun yang dalam hutan lipur atau hutan simpan.
Dan disebabkan ia senang nak jumpa, dan ada laluan penjalan kaki, ia jadi penyejuk mata antara 2 negeri.
Lagi-lagi untuk anda yang tersangkut mengharung jem Tapah-Cameron yang hampir pasti ada masa cuti.
Kalau hujung minggu ianya kerap penuh.
Tapi kalau anda datang hari biasa, anda mungkin dapat singgah sekejap dengan keluarga.
Anak pun boleh berendam di kolamnya yang tinggi pusat mereka.
Makan Ubi Kayu
Kat tepi jalan ini juga ada gerai-gerai kecil.
Boleh singgah kalau anda nak beli buah, ubi atau cenderamata yang dibuat orang asli.
Bila musim durian, mungkin juga ada durian bukit yang kecil-kecil saiznya dijual mereka.
Bolehlah merasa durian dari hutan sambil bantu ekonomi orang asli kat sini.