Ride
Kalau anda dah besar, dan nak naik ride macam kat USS Singapore (yang kat seberang nun sahaja), anda mungkin kecewa.
Legoland Malaysia hanya ada sedikit sahaja untuk dewasa. Tapi kalau lawatan ini memang untuk anak 4 tahun ke atas, mereka mesti cakap nak datang sekali lagi.
Untuk orang dewasa, kalau nak merasa sama-sama seronok, taman tema air Legoland lebih cocok.
Waterpark
Semasa baru dibuka, sebab kurang pokok, Legoland memang panas.
Dah tu, kata kebanyakan orang, Legoland ini mungkin seronok untuk budak-budak, geng nerd dan hantu Lego saja.
Tapi sekarang, ini bukan isunya lagi.
Sebab sekarang dah ada taman tema air kat sini. Dengan taman tema air sendiri, Legoland JB sudah ada tarikan untuk mereka yang bukan peminat Lego.
Tapi nak masuk waterpark ini perlukan tiket extra. Jadi anda boleh pilih β nak masuk ke taman tema atau taman air.
Kalau rasa boleh habiskan sehari suntuk di sini, boleh juga ambil tiket kombo untuk pergi kedua-duanya.
Kalau rasa nak ke taman tema air baru, boleh cuba pi cuba Taman Tema Air Desaru.
Kedai Cenderamata
Kat dalam Legoland Johor Bahru ini memanglah banyak kedai untuk anda beli cenderamata.
Kalau anda hantu Lego, ini memang syurga untuk anda. Dekat dengan pintu masuk ada kedai The Big Shop.
Kedai ini ada koleksi Lego paling besar dalam Asia. Jadi boleh shopping habis-habisan dan cari Lego yang susah nak dijumpai kat mana-mana.
Mana tau satu hari nanti jadi Lego mahal yang dicari-cari.
Peminat Star Wars juga tak kecewa sebab ada kedai khas untuk koleksi Lego Star Wars.
Akuarium
Masuk ke tahun 2019, aquarium Legoland pun dah siap.
Nak tengok kuda laut, jerung dan 13,000 ekor ikan?
Tak payah terjun Selat Tebrau bang.
Sebab sekarang Legoland pun dah ada aquarium sendiri dengan Sealife Malaysia.
Tapi macam waterpark Legoland, nak masuk ke Sealife ini perlukan tiket extra.
Hotel

Kepada yang mahu umpph lagi, boleh tidur di hotel Legoland.
Bilik-bilik dalam hotel ini, macam yang anda jangka, berbeza dari mana-mana bilik yang pernah anda inap selama ini.
Bilik yang bertema lanun dan lain-lain bakal buat anak kecil anda tak tidur malam.
Tapi anda juga mungkin tidur mengigau, sebab mimpi dikejar ceti selepas cuti.
Harga bilik di sini sekitar RM 690 ke atas untuk satu malam (hari biasa).
Banyak permainan budak2 boleh main, tempat besar dan sangat menarik.
Terbaik lahhπ
Cuma makanan dalam Legoland so pricey π
Tandas semua bersih Dan wangi
Sangat puas hari atas fasiliti yg diberikan ππΌ
Pegi time weekday okeyy..everything so fun and also perlu walk alott
Scenery cantik
Bilik cantiks
Game best2
Ada real life theater
Ada movie time
Recommended untuk beli annual pass untuk setahun terus
Bole pegi bila2 masa yg availableee
Sungguh menyeronokan.
Disini Ada banyak Aktiviti dan permainan.aktiviti serta bermacam jenis permainan yang dapat dilakukan bersama dengan keluarga tercinta.
Selain itu anda pasti akan terpukau dengan keindahan bgunan yg unik dan seni bina yg indah yang dibuat menggunakan lego disini.
Selain thermpark disini juga anda boleh melakukan aktiviti mandi manda atau melihat pelbagai jenis spesis kehidupan Merin.disini waterpark dan yang terbaru akuarium yang menyediakan pelbagai jenis ikan dan habitat laut yang lain dari pelbagai jenis spesis dan asal usul.
Saya galakan anda mengambil package untuk ke tigaΒ² nye sekali kerana berbaloi.jadi apa tunggu lagi,saya sudah cuba anda bila lagi βΊοΈππ
Best experience. Anak2 sangat happy. Taman tema yang best. Cuma mahal la. Nasib baik ada diskaun untuk annual pass.
Tempat best. Besar dan banyak roller coaster utk anak2. Sunway pun xbnyk roller coaster mcm Legoland.anak2 pun suka.
Paling fav dkt waterpark lazy river dia..mmg betul2 healing.air mmg mengalir. Xmcm Sunway. Lazy river tapi kena jln kaki.bengong betul..
Anyway mmg seronok sampai terus buat annual pass.. lepas ni tiap bulan la datang sini..