Lembah Danum

RM1,300.00

Nak merasa bestnya hutan Sabah? Moh ke Danum Valley ini.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
3H2M++
Harga Tiket
Harga pakej ke Lahad Datu bermula dari RM1300 utk pakej 3H2M
Jarak Dari Lahad Datu
100 km / 2-3 jam (jalan balak)
Lokasi
Lembah Danum, Lahad Datu, Sabah

Add to Cart
danum@goldiekatie_
Lembah Danum
RM1,300.00

HUTAN DARA

Penuh Flora & Fauna

Tempat ini jauh dari tamadun manusia.

Jadi kalau anda seorang yang memang ahli alam, ini bakal jadi syurga untuk anda.

Ini antara tempat didunia yang diakui mempunyai ekosistem antara yang paling kompleks di dunia.

Kalau bercerita tentang haiwan, ini tempat tinggal badak sumbu, gajah, harimau, orang utan dan 300 spesies burung.

lembah danum

lembah danum
Kredit : charles808

LAYAN HUTAN

Dengan Aktiviti

Untuk merasa tengok hutan ini, anda akan berjalan di atas titi gantung setinggi bangunan 13 tingkat.

Dan kalau anda mahu lihat kubur orang asli, ada 3 kubur yang siap dengan keranda kayu belian yang ada dalam kawasan hutan tebal ini.

Nak berjalan dalam hutan waktu malam? Pun boleh.

Ambil saja trip ini dengan Borneo Rainforest Lodge.

Pakej Lembah Danum

Harga bajet bermula dari RM1,300 utk 3H2M.

Akan tetapi tidak tersedia di mana-mana partner kami buat masa ini.

Lokasi Lembah Danum

Airport terdekat dengan Lembah Danum ialah airport Lahad Datu.

Untuk anda yang dari Kota Kinabalu, anda boleh menaiki pesawat MasWing untuk ke sini.

Alternatif kedua ialah dengan bas dari KK ( 7 jam perjalanan).

Apabila anda sudah tiba di Lahad Datu, dapatkan pengangkutan untuk ke sini. Jarak dari pekan Lahad Datu ke Lembah Danum adalah dalam 100km (3-4 jam).

Perjalanan anda akan melalui 15km jalan bertar dan seterusnya sekitar 85km jalan balak.

Jadi menaiki 4WD itu wajib.

Cara ke Sini

Cara terbaik untuk ke sini ialah dengan mengambil pakej dengan pengusaha pelancongan di Sabah.

Jika tidak, anda boleh juga sediakan kenderaan sendiri (termasuk 4WD) dan dapatkan kelulusan dari Yayasan Sabah.

 

Penginapan

Oleh sebab perjalannya pun lama, kebanyakan pelawat akan bermalam di sini.

Anda boleh tempah penginapan anda di Borneo Rainforest Lodge. Dan walaupun anda berada dalam hutan banat, resort ini ada 30 chalet selesa.

Pakej 3H2M fullboard, sekali dengan pengangkutan pergi balik dari airport Lahad Datu, aktiviti hutan dan penginapan bermula dari RM 3780.

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Lembah Danum Lembah Danum
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)