KEDAI BAJU
Ada Twist
Kalau anda nak bershopping, bergambar dan juga masuk tempat yang boleh dekatkan anda dengan budaya kaum China kat KL, Lost in Chinatown ini antara tempatnya.
Kedai menjual pakaian wanita dan topi ini dibuat seperti kawasan muzium budaya dan tempat bergambar. Jadi, kalau kat kedai lain anda masuk, beli barang dan keluar, kat sini lain. Anda perlu bayar tiket, hampir sama macam mana-mana tarikan dalam bandaraya Kuala Lumpur.
Dan disebabkan lokasinya memang strategik, tempat ini memang hot dan hit di kalangan pelancong asing. Kata pemiliknya, tempat ini dipanggil 5D Glowing Cultural Center.


2 TINGKAT
Sejarah Chinatown
Kat kedai 2 tingkat yang kecil ini, kawasan bawahnya ada tempat shopping. Dan tingkat atasnya galeri seni.
Kalau anda nak bergambar, ada patung Bruce Lee, dan ada juga beca atau basikal tua untuk anda berposing.
Untuk yang minat sejarah, ada gambar Chinatown seluruh dunia untuk anda belek kat sini. Dan kalau anda nak tahu tentang budaya dan kepercayaan orang dulu-dulu, kat sini pun ada.
Bolehlah tengok bahasa slanga orang kita dan juga ajaran orang timur pada anak cucunya β macam kalau makan nasi biar habis, kalau tak suami/isteri awak nanti mukanya bergerutu.
Review
Jadi yang pertama beri review