TAMAN MALAM
Kolam & Hutan Lampu
Lost World of Tambun bila malam masih dibuka.
Tapi permainan dan slide airnya tidak beroperasi β dan diganti persembahan api dan cahaya dalam kawasan ala hutannya.
Bagi anda yang nak main air tapi dalam suasana santai, kolam air panasnya ada.
Dan pilihan kolam ada beberapa β mengikut suhu yang sesuai untuk anda.
Memang syahdu berendam dalam tenang malam dan lampu-lampu.


KAUM MALAYANA
Show Muzik & Api
Masa ia baru dibuka dulu, Lost World Hot Springs ini cuma ada kolam air panas sebagai tarikan malamnya.
Tapi sekarang, ia ada hutan malam yang penuh lampu.
Nampak misteri, lagi-lagi dengan suasana bukit batu kapur Tambun.
Kat sini anda di bawa masuk ke βalam baruβ yang dihuni oleh kaum Malayana.
βKaumβ inilah yang akan membuat pertunjukan muzik dan api semasa kunjungan anda ke sini.
Pertunjukan Flaming Percussions ini memang highlight malam kat sini.
Jadi jangan terlepas datang ke sini dengan family.
Nak masuk tak boleh bawa air macam kat airport. Dah la f&b kat dalam tak sedap & mahal. Kena beratur panjang dkt cashier yg tak friendly asyik gelak2 dgn kawan dia tak membantu customer yg tgh confuse dgn menu tempat ni.
Lepas bayar nak kena beratur lagi ambil makanan. Better makan dulu kat luar. Plus dgn hujan lebat & crowded nya tempat. Nasib ada hot spring & fire show je yg best
Best, ada banyak kolam air panas.. kena pandai cari port nak lepak mana. Ilumination forest pun menarik, tapi kena mendaki sikit. Ingatkan biasa-biasa je takde apa nak tengok, tapi menarik juga..
30/8/23, Wednesday, 6.30pm:
This is a review about the Hot Spring, not the hotel. When we purchase accommodation at the Lost World Hotel, we got 2 free tickets for the Night Hot Spring.. and breakfast for 2.. sebab tu harga bilik agak mahal sikit.
Berbaloi ka Hot Spring tuh.. ya.. mmg berbaloi. Also, you can purchase additional ticket for the Hot Spring at diacounted price 35% less using the receipt of the hotel.
Anyway, do enter the hot spring early. 6pm terus masuk lah.
Kami ingat org tak ramai la masuk malam2.. mmg sangkaan meleset.
Cuti sekolah is peak hours guys. Many hot pools to choose from dari yg panas kepada kurang panas etc.
The scenary and lighting is well done and beautiful.. ada jugak la yg agak gelap jadi boleh guna handphone or small keychain torchlight untuk safety or digunakan di tempat2 yg gelap mcm tarantula cave.
Petting zoo was awesome.. many animals.. capybara yg very friendly. Boleh purchase makanan haiwan and feed the animals.. kambing, guinea pigs, binturong, tapir, porcupines, kancil, fishes.
Anak2 mmg seronok lah. Malam2 pun seronok di oetting zoo nih. Ada animal feeding time lagi.. dan rangers ada untuk explain and guide org ramai.
Food stalls pun banyak.. cuma kena sabar sikit bila ramai org. Harga biasalah agak mahal dari biasa.
Fire show pun mmg menarik. Terpukau juga tgk persembahan mereka.
Luminous forest terlupa nak pergi.. π Ralit mandi, menyantuni binatang, tgk fire show.. sedar2 dah kul 10pm.
Huhuu.. so overall mmg highly recommend lah datang masuk lost world of tambun ni pada sebelah malam.
#nightpark #lwot #hotspring #pettingzoo #luminiousforest #healing
Water park yg selesa …fav kolam air panas βΊοΈ food !!
Harga agak mahal tapi berbaloii sbb sedap nasi kukus ayam grg berempah RM12 , Mee Grg Mamak RM10 , Coneydog RM13 , waffles biasa RM7 & mineral water RM4.50 π tu menu yg Sy beli masa kat sana …ualls blh try !!
Sorry x ambik gmr π€π overalls Sy n family enjoy mandi did Tambun !! Umur pjg murah rezeki kami pasti dtg lagi π€©
Terbaik waktu malam, macam-macam aktiviti juga boleh buat walaupun tak banyak tempat yang dibuka.
Dah masuk, boleh sewa loker dengan harga RM20, RM30 dan RM40 mengikut size.
Boleh mulakan dengan berjalan di kawasan Zoo. Banyak haiwan dari burung, ular, arnab, ayam, tapir, buaya, labah-labah dan banyak lagi.
Lepas tu sambung ke Luminous Forest, ada hutan ya g dipancarkan dengan lampu violet.
Menarik walaupun jalan agak berliku dan gelap. Perlu lebih berhati-hati terutama yang ada anak kecil.
Selepas tu boleh terus tengok pertunjukan Fire. Tapi bukan fire je, nyanyian, joget.
Dah habis tu, mestilah bersantai mandi manda di kawasan hot spring.
Belah depan tak berapa panas. Nak panas, di bahagian belakang. Memang celup kaki berdesing.
So memang menarik. Cubailah dan rasailah.