Tentang Tarikan Ini :
Lost World of Tambun bila malam masih dibuka.
Tapi permainan dan slide airnya tidak beroperasi — dan diganti persembahan api dan cahaya dalam kawasan ala hutannya.
Bagi anda yang nak main air tapi dalam suasana santai, kolam air panasnya ada.
Dan pilihan kolam ada beberapa — mengikut suhu yang sesuai untuk anda.
Memang syahdu berendam dalam tenang malam dan lampu-lampu.
Kalau ada duit lebih, boleh book spa terus untuk manjakan diri you.
Luminous Forest
Masa ia baru dibuka dulu, Lost World Hot Springs ini cuma ada kolam air panas sebagai tarikan malamnya.
Tapi sekarang, ia ada hutan malam yang penuh lampu.
Nampak misteri, lagi-lagi dengan suasana bukit batu kapur Tambun.
Kat sini anda di bawa masuk ke ‘alam baru’ yang dihuni oleh kaum Malayana.
‘Kaum’ inilah yang akan membuat pertunjukan muzik dan api semasa kunjungan anda ke sini.
Pertunjukan Flaming Percussions ini memang highlight malam kat sini.
Jadi jangan terlepas datang ke sini dengan family.
Petting Zoo
Ada anak kecil?
Selain masuk ke dunia magis Luminous Forest, mereka juga boleh layan binatang.
Sebab kawasan petting zoo Lost World dibuka juga pada waktu malam.
Bolehlah anda dan anak boleh layan binatang jinak macam arnab, racoon dan prairie dog (binatang ini rupanya macam tupai).
Harga Tiket
Harga Tiket Walk-In | Dewasa (RM) | Kanak-Kanak (RM) |
---|---|---|
Warganegara | 80 | 70 |
Pelancong Asing | 95 | 85 |
Beli Tiket Murah Lost World Night Park | ||
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 9 Jan 2024 |
Waktu Operasi
Setiap Hari : 6 ptg – 11 mlm
Nota : Flaming Percussion tiada setiap Selasa (kecuali cuti umum/ sekolah)