Lubuk Timah

RM5.00

Nak mandi air panas, air sejuk? Cuba yang ini yeop!

Anggaran Masa Utk Aktiviti
2 – 3 jam
Harga Tiket
Harga tiket bermula dari RM 5 dewasa dan RM 3 kanak-kanak
Lokasi
Lubuk Timah, Simpang Pulai. Perak

Add to Cart
lubuk timah from above
Lubuk Timah
RM5.00

SUNGAI BESAR

Paras Pinggang Anak

Ini satu lagi kawasan sungai yang boleh anda layan kat Perak.

Cuma selain sungainya, Lubuk Timah ada kawasan untuk kolam-kolam air panas, walaupun saiznya sederhana.

Paras air kat sungai ini sekitar paras pinggang anak kecil.

Tapi saiz sungainya lebar dan airnya agak deras.

lubuk timah

lubuk timah

BEKAS KAWASAN MELOMBONG

Bijih Timah

Satu masa dulu ianya kawasan mencari bijih timah. Dan cuma dikunjungi orang tempatan.

Kat kawasan hulu sungai anda akan jumpa dengan satu kawasan tembok seolah-olah empangan.

Ada yang kata binaan ini memang dibuat begini supaya senang bijih dicari.

Apapun yang kami tahu, bila masa air tinggi di kawasan tembok ini, anda akan nampak air turun seolah-olah empangan besar.

Tiket Lubuk Timah

Harga Tiket Walk-In

Harga Tiket (RM)DewasaKanak2
Hari Biasa53
Hujung Minggu / Cuti105
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 5 Jan 2024

Senang Jumpa

Lubuk TImah ini dalam 15 minit memandu dari tol Utara Selatan (simpang keluar Simpang Pulai).

Dan letaknya di tepi jalan menuju ke arah Cameron Highlands.

Jadi memang mudah untuk anda jumpa berbanding kawasan sungai lain yang mungkin jauh terpencil kawasannya.

Aktiviti

Berbeza dari kebanyakan kawasan sungai dan air terjun kat Malaysia, kat sini ada juga aktiviti simple-simple lain.

Si kecil anda boleh tunggang kuda padi.

Anda pula boleh memanah atau sewa ATV untuk pusing dalam trek pasirnya.

Tips Pelawat

  • Sentiasa awasi anak anda. Jangan biar mereka dalam sungai di sini sendiri-sendiri.
  • Seperti mana-mana kawasan sungai, jangan datang ketika musim hujan lebat untuk mengelakkan tragedi dek kepala air.
  • Tempat ini selalu penuh masa hujung minggu. Rancang untuk datang awal kalau itu saja masa yang anda ada.
  • Sila bawa makanan dari rumah. Senang kalau cafe di dalamnya tutup.

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Lubuk Timah Lubuk Timah
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)