RESORT DALAM BANDARAYA
Santai Macam Cuti Jauh
Nak rasa vibe resort tapi malas travel jauh?
M Resort & Hotel ni pilihan terbaik!
Terletak dalam kawasan hijau yang tenang, tapi masih dalam KL.
Dekat dengan pusat bandar, tapi jauh dari kesibukan—perfect untuk family yang nak relax tanpa tinggalkan city life.
Nak manjakan diri — spa, sauna, gym, pool semua ada.


KOLAM KID’S FRIENDLY
Ada Gelongsor, Confirm Seronok!
Kalau datang dengan anak-anak, kolam renang kat sini memang highlight utama.
Ada gelongsor air dan kawasan khas untuk budak-budak berendam dengan selamat.
Tak payah keluar jauh—just turun hotel, terus boleh enjoy main air!
Kid’s Club pun ada buat yang nak main indoor saja.
SARAPAN BEST
Pilihan Sedap untuk Semua
Buffet breakfast kat Fairway Coffee House memang banyak pilihan—dari nasi lemak, roti canai, ke pastries fresh.
Tak kisahlah anda berdua atau datang dengan keluarga, pilihan makanan yang ada cukup untuk buat anda kenyang sampai tengahari — untuk beraksi di pool nanti.
Selain buka juga untuk makan tengahari dan malam, satu yang penting ialah makanan kat sini ada halal JAKIM.
Boleh makan dengan tenang hati.
